Nervous Sambut Menantu Pertama, Bapa Nyaris Nikahkan Anak Dengan Diri Sendiri!

Hari akad nikah merupakan hari yang paling bersejarah dalam hidup seseorang kerana moment ini pastinya tidak terbeli dengan wang ringgit. Hanya sesiapa yang pernah merasai detik ini akan tahu perasaan sebenar yang menyelubungi jiwa, mungkin cemas, gugup dan bermacam lagi. Baru-baru ini, sebuah video akad nikah telah tular di media sosial tetapi lucunya video tersebut kerana ayah si pengantin yang kelihatan lebih nervous

Baca: Saya Lupa Baju Nikah, Pengantin Jepun Viral Dedah Kisah Lucu Sebelum Kahwin

Video itu telah tular di Twitter dan difahamkan ianya dimuat naik oleh adik pengantin perempuan itu sendiri. Dalam video berkenaan, bapa kepada pengantin perempuan hampir menggagalkan perkahwinan anak perempuannya apabila dia tersasul meIafaz akad nama bakal menantu lelakinya dengan namanya sendiri!

Abah nervous sangat nak ada anak lelaki..

Video itu telah mengundang tawa ramai yang menyaksikan upacara tersebut. Tambah si adik lagi, itu merupakan kali pertama keluarganya menyambut seorang abang dan anak lelaki. Hal itu menjadi punca mereka sekeluarga terlalu teruja dan gemuruh pada hari perkahwinan.

Dalam pada itu, pemilik akaun Twitter bernama Maiya ini turut berkongsi beberapa foto semasa majlis resepsi yang tampak sederhana tapi meriah. Malah, kakaknya telah menggunakan barangan terpakai dari rumah lama mereka untuk dijadikan latar photobooth dan hasilnya sangat kreatif!

Over excited impikan anak lelaki

Netizen di media sosial juga melemparkan pelbagai reaksi. Rata-ratanya terhibur dengan video yang dimuatnaik namun faham akan keadaan keluarga tersebut yang excited kerana pertama kali menyambut menantu dan abang ipar. Netizen turut mengucapkan tahniah kepada kedua-dua mempelai dan memuji majlis resepsi mereka yang meriah tapi sederhana. Video tersebut telah mendapat lebih 100 ribu tontonan dan lebih 10 ribu retweets setakat ini. 

Sumber: Twitter vmaiya9

Apa Komen Anda?