Bagi pasangan yang sedang berusaha menghalalkan hubungan dengan insan pilihan hati, tak dinafikan perasaan gemuruh semasa majlis pertunangan pasti dirasai lebih-lebih lagi jika ia disaksikan oleh ramai orang. Kadangkala, ada tingkah laku yang dilakukan secara tidak sengaja menjadi bahan bualan orang sekeliling.
BACA: Viral Berbaju Doraemon Hari Tunang, Lelaki Sebak Baca Taklik Lepas Jadi Suami
Alhamdulillah, one step closer…Simpan sini buat kenangan
Sebuah video dimuat naik oleh itsmedragonrawr tular selepas dia berkongsi rakaman ketika hari pertunangannya. Nabilah berasa amat bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang dapat menerima segala kekurangannya. Gadis comel ini akui mempunyai sifat panas baran, manakala tunangnya pula seorang yang sangat penyabar.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Kenapa salam macam tu? Tak belajar ke? Semoga jelas ye semua
Dalam perkongsian video lain, ramai netizen mempertikaikan cara gadis berkenaan salam bakal ibu mentuanya. Rupa-rupanya pada ketika itu, dia sedang duduk dalam keadaan tidak selesa kerana bengkung yang dipakainya terlipat. Bukan itu sahaja, Nabilah juga mengalami anxiety apabila melihat ramai tetamu di depan mata membuatkannya menjadi lebih gemuruh. Namun menurutnya, dia sudah pun meminta maaf kepada wanita berbaju biru tersebut.
@bellbubbles 🤍 #fyp
@bellbubbles semoga jelas ye semua 😊#fyp
Nampak baik je mak mentua, I wish mak mentua I macam ni…Semoga saya pun dipertemukan dengan lelaki tepat
Sejak dikongsikan, video tersebut telah meraih 1.5 juta jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan bahawa bakal ibu mentua Nabilah nampak sangat penyayang. Ramai juga antara mereka mengharapkan agar dipertemukan jodoh yang terbaik tidak lama lagi.
Kredit: TikTok itsmedragonrawr