“Ni Ke Anak Lan Yang Sumbing Tu”-Isteri Lan Solo Luah Rasa Terkilan Mulut Orang

Tidak dinafikan, setiap daripada kita pastinya pernah menerima ujian yang berbeza-beza. Hal ini turut menimpa ke atas penyanyi Lan Solo dan isterinya, Nur Shiela Hassim selepas diuji apabila anak mereka, Nur Amna Quxandra mengalami masalah sumbing. Quxandra yang dilahirkan pada 24 Februari 2018 sebelum ini selamat menjalani operation membetulkan masalah sumbing sekitar Mei tahun lalu.

BACA : “Risau Saat Diberitahu Bayi Songsang” -Amyra Kongsi Pengalaman Bersalin Tingkap

Inilah anak Lan yang sumbing tu kan?

Shiela baru-baru ini berkongsi beberapa foto anak keempat mereka di laman Facebooknya. Menerusi posting tersebut, Sheila bagaimanapun meluahkan rasa terkilan terhadap sikap sesetengah pihak yang kurang peka dengan keadaan anaknya. Malah si ibu ini turut memohon agar netizen lebih peka dalam menjaga kata-kata setiap kali bertemu dan sebolehnya mengelakkan daripada bertanyakan soalan bersifat sensitif. Tambahan pula, parut kesan daripada operation mencantum bahagian sumbing di bibir anaknya juga semakin pudar.

Advertisement

Mungkin ia biasa bagi mereka, tapi tidak pada saya

Jelas wanita berusia 35 tahun ini lagi, mungkin ada yang beranggapan ia sekadar soalan biasa namun tidak bagi dirinya. Hal ini kerana, perkara tersebut akan menjejaskan perkembangan anaknya. Dalam pada itu, Quxandra bagaimanapun perlu dipantau sehingga usianya 18 tahun berikutan proses tumbesaran kerana bimbang timbul kesan rekahan di lelangit kanak-kanak berkenaan.

Advertisement

Sumber : Facebook SheiLa RazLan

Advertisement

Apa Komen Anda?