Niat Jenguk Ibu Ayah, Tapi Wanita Ditemui Tak Bernyawa Masa Rehat Dalam Kereta

Apabila sudah merantau atau melalui perjalanan jauh, para pemandu pasti akan berhenti di mana-mana kawasan rehat untuk menghilangkan rasa letih. Bagaimanapun, ramai pakar tidak menyarankan individu agar tidur sambil membiarkan enjin kereta dibiarkan hidup kerana boleh menyumbang kepada pelbagai risiko. Terbaru, seorang wanita telah ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta di kawasan parkir Pantai Morib sekitar awal pagi semalam.

BACA: Penghantaran Terakhir, Pelajar Tingkatan 4 Temui Ajal Ketika Cari Rezeki

Enjin & penghawa dingin kereta masih hidup..

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, pihaknya mengesahkan bahawa tiada unsur jenayah berlaku dalam kejadian tersebut kerana kesemua barang peribadi milik Nadiah Sapaian tidak hilang. Termasuklah beg tangan serta telefon pintarnya. Sebaliknya, hasil pemeriksaan pihak berkuasa mendapati juruteknologi makmal tersebut ditemui terbaring di bahagian tempat duduk pemandu dalam keadaan enjin dan penghawa dingin kereta jenis Hyundai Matrix itu masih lagi dihidupkan.

Mahu jenguk ibu ayah di kampung…tapi rumah berkunci

Advertisement

Dalam pada itu, halaman Facebook ‘My Kuala Langat‘ pula menyatakan bahawa wanita berusia 24 tahun itu baru tiba dari Kuala Lumpur bertujuan untuk menziarahi rumah ibu bapanya di Kg Endah. Dia dikatakan berehat dalam kereta tersebut sementara menunggu kedua-dua ibu bapanya pulang dari surau memandangkan rumah mereka dalam keadaan berkunci.

Perjalanan terakhir adikku…semoga tenang di alam sana

Advertisement

Menjengah ke laman Facebook milik kakaknya iaitu Sharita Sapaian pula, dia menitipkan rasa pilu ekoran tragedi yang menimpa adik perempuannya itu. Namun begitu, dia bagaikan sudah redha dengan ketentuan Ilahi dan mendoakan yang terbaik sahaja buat Nadia serta seorang lagi ahli keluarga mereka yang turut kembali ke rahmatullah sebelum ini. Difahamkan, Allahyarhamah sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Indah.

Sumber: Berita Harian Online, FB My Kuala Langat & Sharita Sapaian

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?