Nama Ning Baizura sudah lama tidak didengari dalam industri hiburan tanah air Malaysia. Setelah beberapa tahun sepi, baru-baru ini namanya kembali menjadi bualan netizen. Ia ekoran penularan beberapa buah video ketika dia sedang menyanyi live di sebuah music venue berlokasi di Bangsar, Kuala Lumpur.
BACA : TokTi Nyanyi Sumbang & Rosakkan Lagu Sendiri, Netizen Puji Episod Paling Best
Terasa kepiluan di sebalik ‘Awan Yang Terpilu’ by Ning Baizura
Dalam persembahan lagu popular miliknya iaitu ‘Awan Yang Terpilu’, suara wanita berusia 47 tahun ini telah mengejutkan ramai. Dalam rakaman yang dikongsikan oleh salah seorang penonton bernama Yana Othman, suara Ning Baizura kedengaran tidak stabil dan agak terganggu ketika sedang menarik key tinggi.
@yanaothmannn ‘Awan Yang Terpilu’ – by Ning Baizura Versi 2022 Gitchu! 🤍 #fyp #fypdongggggggg #awanyangterpilu #ningbaizura #terpilubetol
@yanaothmannn Replying to @mulut puaka i think mcm yes naikkan key.. #fypdongggggggg #fyp #ningbaizura #awanyangterpilu
@yanaothmannn Replying to @Miss Chubby 👀 okey awak.. #fyp #fypdongggggggg #awanyangterpilu #ningbaizura
Allahyarham ayah dia tak pernah tengok dia nyanyi…Jadi masuk akal la kalau suara dia sebak
Akibat video pendek itu, segelintir netizen di TikTok telah melabelkan nyanyian Ning sebagai sumbang dan kualiti kemerduannya tidak seperti dahulu. Namun siapa sangka, rupa-rupanya penyanyi berkenaan sedang sebak mengenangkan semula tentang Allahyarham bapanya. Sebab itulah dia merasa begitu emosi sekali gus menjejaskan mutu nyanyian.
@yanaothmannn Replying to @Yuna Rahim yes betul. Kak ning sgt2 sedih ketika membawakan lagu ini🤍 #fyp #fypdongggggggg #ningbaizura #awanyangterpilu
Ning Baizura is the best…Spread positive comment…Beautiful song by beautiful Ning Baizura
Buktinya pada video di bawah, Ning Baizura sebenarnya memulakan persembahan live dengan suara yang begitu indah. Bahkan dalam nyanyian duet lagu lain pun, bunyi-bunyi yang dikatakan sumbang oleh netizen dalam persembahan ‘Awan Yang Terpilu’ langsung tidak berlaku.
@yanaothmannn I think Kak Ning Still did her best! She’s Still Queen! Spread Komen2 Positive Guys!🙏🏻✌️❤️ Support kak ning! #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #awanyangterpilu #ningbaizura
Kredit : IG curatedbychrischia, TikTok Yana Othman
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
