Hiburan

Noorshila Amin & Wann Terkandas, Enam Bintang ‘Hot’ Layak Ke Final GV 2019

Noorshila Amin & Wann Terkandas, Enam Bintang ‘Hot’ Layak Ke Final GV 2019

Sharing is caring!

Sebentar tadi, konsert separuh akhir Gegar Vaganza 2019 (GV 2019) telah pun berlangsung dengan cukup meriah di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Selepas kejutan demi kejutan, penantian selama 10 minggu akhirnya terjawab apabila seramai enam finalis telah berjaya ke melangkah ke pentas final yang akan berlangsung minggu hadapan. Ini sekali gus membuktikan bahawa mereka bakal berentap demi merebut takhta juara dan hadiah utama.

BACA: [VIDEO] Gelagat & Komen Spontan 2 Juri Wanita GV 2019 Ini Memang Lawak Habis

Senarai bintang akhir GV2019


Bertemakan lagu-lagu ‘Fabulous‘, kesemua 8 bintang GV 2019 telah menyempurnakan 2 tugasan lagu termasuklah bersama penyanyi undangan masing-masing. Tuah nyata memihak kepada enam peserta yang berjaya ke peringkat seterusnya. Mereka adalah Naqiu, One Nation Emcees, Jatt Ali, Hady Mirza, Sham Visa dan Nurfatimah. Namun di hujung saingan itu, Noorshila Amin dan Wann telah diumumkan tersingkir apabila menjadi bintang yang mendapat markah terendah pada minggu ini.

Noorshila Amin & Wann Terkandas, Enam Bintang ‘Hot’ Layak Ke Final GV 2019

Hady Mirza ungguli carta saingan

Dalam pada itu, percaturan Hady Mirza untuk lagu ‘All My Life’ dan ‘Takdir Tercipta’ telah mengungguli konsert separuh akhir yang dihoskan oleh Nabil Ahmad bersama Jihan Muse ini. Setiap persembahan yang diketengahkan dalam saingan kali ini telah diadili oleh dua juri tetap, Datuk Ramli M. S. dan seniwati terkenal Indonesia iaitu Hetty Koes Endang. Manakala juri undangan pula adalah Dato’ M. Nasir.


Sumber: IG officialriax


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!