Dalam rancangan realiti ‘Seleb Rancak Mystery Ranking Show Malaysia’ semalam, Norman Hakim telah dijemput sebagai panel pembongkar sekali gus memeriahkan suasana. Seiring dengan rutinnya yang suka bersenam sehingga memiliki badan ‘sado’, mereka semua harus membongkarkan identiti peserta sebenar dalam tema “Siapa Paling Kuat”.
BACA : Shila Berbahasa Tamil Ucap Saya Cinta Awak Terkejut Rupanya Pak Azad Faham
Bukan ringan ye nak angkat sawit…Salute yang kerja angkat sawit
Tidak ketinggalan, gimik gempak menyaksikan Norman Hakim selamba mengangkat 2 tandan buah kelapa sawit dan cukup menarik perhatian ramai. Pelakon tersebut nampaknya tidak kekok menunjukkan cara dan postur badan untuk ‘angkat berat’ yang betul di mana ia mempunyai perkaitan dengan pembinaan otot badan.
Yang kerja ladang tu senyum je tengok…Berapa kilo korang angkat sehari?
Meskipun saiz sawit tersebut tidaklah besar mana, namun tenaga selebriti lelaki itu cukup membuatkan pentas menjadi kecoh. Dilihat juga Pak Azad mula menggelengkan kepala dengan muka penuh kagum. Di samping itu, adegan Adlin Aman Ramlie yang tertiarap ke belakang juga cukup mencetuskan rasa terhibur ramai.
Tu buah apple bak kata budak Felda…Adik aku umur 21 badan kecik boleh angkat 45kg sawit naik bahu
Melalui paparan di ruangan komen, ramai netizen akui merasa terhibur dan mula berseloroh membuat perbandingan dengan saiz sebenar sawit di industri kerja sebenar. Tidak dinafikan, terkadang buah yang dikutip mencecah berat hampir 50kg/biji.
Kredit : IG Zon Lawak
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
