Norman Tolong Tanamkan Uri, Doktor Sahkan Bayi Pramatang Abby Dah Tak Kuat

Kurang 24 jam dilahirkan ke dunia, bayi pramatang Abby Abadi yang hanya berusia 24 minggu kini dikhabarkan berada dalam keadaan yang kurang stabil selepas doktor pakar mengesahkan dalaman bayi tersebut sudah tidak kuat. Malah doktor juga sudah berpesan pada Abby dan suami supaya bersedia dengan sebarang kemungkinan dan meminta mereka tidak berada jauh dari hospitaI. 

BACA: Abby Abadi Selamat Lahirkan Bayi Pramatang 23 Minggu Seberat 535 Gram

Doktor WhatsApp nak jumpa esok.. berdebar

View this post on Instagram

Dalam kepala mcm2 difikirkan… . Ya Allah hanya Kau tempat kami minta pertolongan… . Hanya Kau yang lebih berkuasa…

A post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on

Sekiranya anak ini baik untuk ibu ayahnya, Engkau pinjamkanlah

Menerusi laman Instagram milik Norman Hakim, dia dilihat  tidak putus memberikan sokongan dan semangat kepada Abby Abadi serta suaminya, Faizal Zakaria. Malahan dari awal sejak mengetahui bekas isterinya itu dimasukkan ke hospitaI enam hari lalu gara-gara bIood pressure, Norman tidak lupa menitipkan doa buatnya supaya dipermudahkan urusan ketika mengadakan kenduri doa selamat di rumah. Setiap masa juga Norman akan memuat naik update di Instagram mengenai keadaan semasa Abby Abadi. 

Alhamdulillah.. settle tanam uri bagi pihak Faizal

Terbaru, Norman juga telah membantu Faizal untuk menguruskan uri bayi mereka. Menerusi perkongsian terkini Norman di Instagram, dia telah memuat naik video dan gambar semasa dia menanam uri tersebut di kawasan rumah. Dia juga telah berkongsi semula status yang ditulis Abby dan Faizal menerusi ruangan kapsyen video tersebut. 

View this post on Instagram

Alhamdulillah settle tanam uri #BabyD on behalf of Abah @jaiezzany .Mohon terus mendoakan terutama buat #BabyD ,zuriat buat Abah & Mama @abby_abadi112 utk terus survive & sihat walafiat ye🙏🏻 . . @Regrann from @abby_abadi112 – Mohon doa kalian. Baby D kami dalamannya tak kuat. Tengah malam tadi, Dr pakar panggil suami @jaiezzany dgn Sy utk bgtau keadaan Baby, tp Sy tak kuat nk berdepan dgn Dr.. pastu Dr suruh suami duduk standby je kt hospital, jgn pergi jauh… 😫 Apapun syukur sehingga pagi ni. Terus doakan utk Baby D & Mamanya ni ye. Tak terluah dgn kata2. ALLAH Maha tau 😢🤕 . “Ya ALLAH, sekiranya anak ini baik untuk ibu dan ayahnya, Engkau pinjamkanlah Ya ALLAH. Sihatkanlah tubuh badannya, sempurnakanlah akalnya, kuatkanlah jiwanya dan teguhkanlah akidahnya” Amin ❤️ #MohonAminkan . @Regrann from @jaiezzany – My Love dunia akhirat @abby_abadi112 . Terlalu besar pengorbanan mu sayang, walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawamu . Pergorbanan yng terlalu sukar untuk dibalas…moga Allah berikan syurga untuk sayang. . Rehat ya sayang.. . Baby Boy Abah…Abah tahu baby kuat..baby nk jumpa mama, Baby nk jumpa Daiyan Dayana…baby nak jumpaAbang Kakak semua.. . Abah doakan moga Allah lindungi baby dan berikan kesihatan yang terbaik untuk baby… . Moga baby dapat nikmati kebesaran Allah, dapat menjadi hamba yang terbaik untuk Allah…dapat merasakan nikmatnya solat… . Ameen…moga Allah permudahkan . ❤️Ps; Mama sambung; Doakan Baby boy kami ni panjang umurnya ye Sahabat. Baru 24minggu umurnya. Dengan berat 540gm sahaja. Hanya ALLAH sahaja yg mampu menyelamatkan dia 😫🤕 . Bila tahu pasal darah tinggi waktu mengandung ni, mcm2 berlegar difikiran. Yelah dari apa yg dibgtau oleh Doc, dari pengalaman org keliling, dari bacaan sendiri.. seremmmm!! 😫 Kalau dulu tak pernah serius fikir nyawa ni buleh diambil anytime… skrg ni… rasa mcm…. berdebar2 jerr… skrg baby dah dilahirkan, tp masih ada lagi risikonya… terasa bagai lilin yg buleh padam bila2 masa je nyawa kami ni 🙊 . Mohon ALLAH SWT bg ruang & peluang utk Sy /Baby terus menjadi hambaNYA di dunia ini. Semoga ALLAH panjangkan umur Baby kami & nyawa Sy juga.. Amin 😘 #MohonDoaKalian #Doabulehmengubahtakdir

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Susah nak jumpa family yang kasih sayangnya erat

Ternyata ramai yang terharu melihat keakraban dan ukhwah yang terjalin antara keluarga ini meskipun dahulunya mempunyai persengketaan. 

Sumber: IG normanhakim_786, abby_abadi_112

Apa Komen Anda?