Viral Artis

Norreen Dedah Sebalik Tabir Kak Ati Marah Jad, Rupanya Shooting Masa Mengantuk

Norreen Dedah Sebalik Tabir Kak Ati Marah Jad, Rupanya Shooting Masa Mengantuk

Gara-gara meragui status zuriat kandung sendiri, selama ini Jad tidak pernah suka kepada budak berkenaan lantas melayani dengan cukup buruk. Pada episod 31 semalam, dia yang sedang bermain telefon mula naik angin kerana tiba-tiba bertembung dengan si kecil itu yang baru menuruni tangga.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Eh kau ni buta ke apabenda? Kau dengar tak aku cakap? Aku bagi kang…Anak kau ni kurang ajar dengan aku

Beranggapan kanak-kanak itu sebagai kurang ajar, Jad juga sempat memarahi Arumi dengan nada menengking-nengking walhal kesalahan yang berlaku amat kecil. Tanpa disedari, sebenarnya Kak Ati yang sedang berborak di telefon sudah menyaksikan semua situasi itu dari belakang dan merasa sangat kecewa.

Ohhh kau dah kaya, duit kau dah banyak…Apa yang kau ada, sedar sikit rezeki anak…Berkat doa isteri

Antara babak paling strong semalam adalah apabila Kak Ati duduk berdua dengan Jad sekali gus memberikan ‘tarbiah’ percuma kepadanya. Ini termasuklah peringatan mengenai sikap lelaki itu yang sudah berubah sejak memiliki kesenangan hidup. Di sebalik adegan serius tersebut, Norreen Iman semalam mendedahkan rakaman sebalik tabir sebelum melakonkan scene ini. Meskipun Redza Rosli nampak sedang mengantuk, tidak sangka hasil akhirnya cukup berkesan sekali.

Best gila babak ni, tunjal-tunjal tu tak tahan…Kalau tak dapat anugerah, tak tahulah

Melalui ruangan komen, ramai netizen memuji keserasian lakonan di antara Norreen dan juga Redza. Meskipun babak itu sekejap sahaja, lontaran skrip serta penguasaan emosi mereka berdua benar-benar dirasai peminat setia drama ‘Bisik Bisik Gelora’.

Norreen Dedah Sebalik Tabir Kak Ati Marah Jad, Rupanya Shooting Masa Mengantuk

Norreen Dedah Sebalik Tabir Kak Ati Marah Jad, Rupanya Shooting Masa Mengantuk

Norreen Dedah Sebalik Tabir Kak Ati Marah Jad, Rupanya Shooting Masa Mengantuk

Kredit : Instagram Norreen Iman & YouTube Drama Sangat Official, TV3 Malaysia Official

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Norreen Dedah Sebalik Tabir Kak Ati Marah Jad, Rupanya Shooting Masa Mengantuk

Facebook

Telegram