Bermula sebagai seorang yang suka menjawab soalan lawak di IG Story, siapa menduga Norreen Iman ibarat mendapat rezeki terpijak selepas namanya kian dikenali. Kini dia semakin banyak muncul menerusi drama popular bahkan sedang menjalani penggambaran bersama pelakon hebat lain termasuklah Redza Rosli. Namun sudah semestinya, menyempurnakan sesebuah watak bukan benda mudah.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Inilah hakikatnya bila gajah disuruh bawak motor clutch
Oleh kerana Norreen kurang mahir menunggang motosikal jenis clutch, kru belakang tabir dikehendaki memberikan sedikit trick bantuan. 2 orang lelaki telah bersiap sedia di belakang lantas menolak sedikit kenderaan tersebut sebelum aktres berkenaan menekan break dan melontarkan skrip lakonan.
Bawak motor clutch tu aku dah rasa macam director suruh aku buat stunt
Di tengah cuaca panas terik, baik Norreen ataupun budak penolak motosikal tetap memberikan effort penuh demi memastikan pengarah mendapat shoot terbaik. Walaupun nampak mudah, namun wanita berkenaan menyifatkan keperluan melaksanakan babak menunggang motosikal itu tak ubah seperti sedang melakukan aksi stunt.
Muka 2 orang yang tolak tu reda je la…Nak buat macam mana dah kerjanya tolak motor
Menerusi ruangan komen, ramai akui terhibur dengan perangai ‘masuk air’ Norreen Iman tambah lagi ketika dia menghenjut kuat motosikal tersebut. Tidak ketinggalan, netizen juga mengalihkan perhatian kepada budak-budak belakang tabir yang gigih menolak motosikal dengan wajah pasrah.
Kredit : Facebook norreenjelah
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
