Nurse Kempunan Beli Kereta Baru Gara-Gara Syok Bercinta Dengan ‘Abang Kapten’

Walaupun sudah berkali-kali berita mengenai sindiket cinta siber ini keluar di muka berita, namun masyarakat terutamanya golongan wanita masih belum ambil iktibar dan lebih berhati-hati. Sindiket ini biasanya menjerat wanita-wanita yang bekerjaya dan masih belum berkahwin agar mudah terjatuh cinta dengan lelaki di atas talian. Terbaru, seorang jururawat berputih mata apabila turut terpedaya dengan sindiket tersebut.

BACA: Muka Dia Tak Nampak Penipu& Lelaki Ini Kecewa Jual Phone Dibayar Duit Palsu!

Baru kenal sebulan dah janji macam-macam

Wanita berusia 33 tahun itu dikatakan berkenalan dengan dengan seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai ‘Kapten’ pada akhir bulan lepas di laman sosial. Sepanjang perkenalannya bersama lelaki tersebut, dia telah dijanjikan hadiah berupa wang tunai bernilai RM146,000 yang mana diniatkan untuk membeli sebuah kereta utiliti sukan (SUV).

Gambar Sekadar Hiasan

 

Caj penghantaran sampai beribu

Gambar Sekadar Hiasan

‘Kapten’ yang mendakwa dirinya berasal dari Poland itu dikatakan telah menghantar bungkusan wang tunai tersebut lalu jururawat itu dihubungi syarikat penghantaran yang menyamar. Dia diminta membayar sejumlah wang sebanyak RM2,300 sebagai caj penghantaran serta RM8,000 lagi sebagai denda kerana telah menghantar bungkusan yang mengandungi wang. 

Kereta tak dapat, duit pun lesap lebih RM10 ribu

Setelah urusan transaksi pembayaran caj penghantaran serta denda itu selesai, wanita itu sempat menceritakan hal berkenaan kepada rakannya. Ketika itulah baru dia menyedari tentang dirinya yang sudah ditipu hidup-hidup lalu terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub. 

Sumber: Astro Awani

Apa Komen Anda?