Hiburan Inspirasi Viral

“Nyanyi Atas Lori Pun Mantap”- Noh Hujan Bagi Bayangan Akustik Solo Terakhir?

“Nyanyi Atas Lori Pun Mantap”- Noh Hujan Bagi Bayangan Akustik Solo Terakhir?

Sharing is caring!

Bakat persembahan dan pencapaian kumpulan indie popular tanah air ini seperti tidak perlu disangkal lagi. Malahan, setiap anggota kumpulan Hujan terutama sekali vokalisnya iaitu Noh Salleh mempunyai peminat yang cukup ramai sejak mula bertapak dalam industri lagi. Baru-baru ini, Noh juga menjadi perhatian ramai apabila tampil membuat konsert solonya bersama peminat di Kota Kinabalu, Sabah.

BACA: Sambut Anniversary Ke-8, Mizz Nina Luah Syukur Noh Salleh Masih Setia Di Sisi

“Nyanyi Atas Lori Pun Mantap”- Noh Hujan Bagi Bayangan Akustik Solo Terakhir?

Tak sangka respon menggalakkan..

Perkembangan tersebut dikongsi menerusi laman Instagram miliknya sambil berterima kasih kepada peminat yang sanggup hadir meskipun tiada sebarang perancangan awal dilakukan. Kata suami kepada Mizz Nina ini lagi, dia sendiri tidak menyangka respon peminat yang hadir begitu menggalakkan.


Konsert atas lori..suara tetap maintain

Tidak cukup dengan itu, rupanya Noh membuat kejutan dengan melakukan persembahan solonya di atas sebuah lori. Malah ‘konsert khas’ itu juga hanya dibuat di tepi jalan sahaja. Menerusi sebuah posting di laman Twitter, rupanya ramai peminat turut sama menyanyikan lagu ‘Dugaan’ berserta petikan gitar akustik oleh penyanyi berusia 35 tahun itu.

“Nyanyi Atas Lori Pun Mantap”- Noh Hujan Bagi Bayangan Akustik Solo Terakhir?

Yang kurang cuma aku, kurang ajar & adab

Meskipun begitu, Noh dalam posting terbaru Instagram milikya menyatakan bahawa dia berasa sangat puas dapat menyampaikan semua lagunya kepada peminat. Malah dia juga seolah-olah memberi bayangan jika persembahan tersebut dan di Melaka tempoh hari adalah yang terakhir daripadanya. Katanya lagi, apa-apa boleh terjadi menurut kehendak-Nya. Justeru dia sempat memohon maaf kepada semua jika ada khilaf yang dilakukan sepanjang berada dalam dunia seni. 


View this post on Instagram

Tak tau bila show terakhir aku nanti. Mungkin Melaka tu last aku dengan Hujan, Sabah tu last aku akustik sorang2. Apa2 boleh jadi, kecederaan yang dasyat sampai cacat, sampai ajal, dan macam2 lagi kemungkinan. Biar semua orang tau, i had a great time deliver musik kepada kalian semua. Tiada kurang atau lebih, semua nya sempurna nikmat Tuhan bagi kat aku. Orang tua yang masih kuat dan sihat, masih boleh contact adik beradik keluarga. Yang kurang cuma aku, kurang ajar dan adab, dengan malasnya, dengan sombongnya. Harap maafkan segala kekasaran saya selama kita bersama, halalkan makan minum, terambil sengaja atau tidak, sementara aku hidup ni kalau ada hutang yg aku tak sedar mohon message straight je kat DM or comment. Thankyou so much semua! Semoga panjang umur kita semua untuk bertemu kembali. Kalau tak, see you on the other side. إن شاء الله.

A post shared by Noh Salleh | 光 (@mohammadnohbinsalleh) on

Sumber: Instagram mohammadnohbinsalleh & Twitter @mohdnazreenx_


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Nyanyi Atas Lori Pun Mantap”- Noh Hujan Bagi Bayangan Akustik Solo Terakhir?

Sharing is caring!