Nyanyi Dalam Pesawat 38 Ribu Kaki Tinggi Di Udara, Ayda Jebat Catat Rekod Baru!

Belum lagi reda dengan virus lagu ‘Temberang’ nyanyian pelakon dan penyanyi genit, Ayda Jebat. Kini, dia sekali lagi menjadi tumpuan media dan netizen apabila berjaya mencatat pencapaian yang membanggakan sehingga terlakar di Malaysia Book Of Records pagi tadi. Dia yang biasa membuat persembahan secara langsung, kini membuat kelainan apabila menyanyi di dalam pesawat dengan ketinggian yang tidak masuk akal!

BACA: [VIDEO] Kongsi Moment Urut Kaki, Tapi Papa Muda Ayda Jebat Curi Tumpuan Netizen

38,000 kaki dari paras laut

Ayda Jebat telah membuat persembahan mini yang diadakan dalam pesawat Air Asia AK5106 tetapi menariknya, ia berada di latitude paling tinggi iaitu 38,000 kaki dari paras laut. Persembahan terbabit juga diadakan dalam pesawat yang membuat penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah.

Ayda telah menyanyikan tiga buah lagu bagi menghiburkan penumpang yang terdiri daripada berbilang bangsa iaitu Pencuri Hati, Temberang dan sebuah lagu penyanyi popular dari Taiwan, Richie Ren. 

Bersyukur menjadi sebahagian

Selain Ayda Jebat, persembahan sempena Minggu Muzik Malaysia 2019 itu turut menampilkan band Shadow Puppet Threatre sambil disaksikan oleh Pengerusi Perbadanan PenggaIakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Datuk Ahmad Shah Hussein Tambakau dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Book Of Records, Datuk Michael Tio. 

Mengulas tentang perasaannya memecahkan rekod tersebut, Ayda Jebat berasa bersyukur dan berbangga dapat menjadi sebahagian daripada rekod yang tercipta ini. Selain itu, dia juga turut bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan dia dapat menghiburkan penumpang yang berada dalam pesawat. Menutup perbualan bersama media, Ayda juga menyifatkan memori menyanyi di awan biru ini sebagai kenangan yang terpahat sampai bila-bila. 

Sumber: Awani & Facebook Malaysia Book Of Records

Apa Komen Anda?