Viral

Nyanyi Sedap Tapi Markah Rendah, Nyanyian Yonnyboii Dapat Pujian Dato’ M Nasir

Nyanyi Sedap Tapi Markah Rendah, Nyanyian Yonnyboii Dapat Pujian Dato’ M Nasir

Sharing is caring!

Semalam telah berlangsungnya tayangan keempat bagi rancangan realiti ‘Immortal Songs’ dan semua peserta tampil mendendangkan lagu milik Dato’ M Nasir. Dalam ramai-ramai penyanyi, rapper dan komposer terkenal iaitu Yonnyboii nyata tampil menyerlah menerusi pembawaan lagu ‘Keroncong Untuk Ana’. Seperti yang diketahui ramai, genre itu adalah sangat berbeza dengan kebanyakan lagu yang pernah dihasilkan dan dinyanyikan sepanjang kariernya selama ini.


BACA : [VIDEO] Tuah Bawa Lagu Ella Versi Irama Melayu, Naim Daniel Juara Minggu Ke-2

Percubaam pertama ubah lagu irama Melayu ke jazz…Nafas baru kepada lagu lama

Meskipun kedengaran agak janggal apabila penyanyi muda sepertinya cuba membawakan lagu lama ala-ala keroncong, namun percubaan kali pertamanya mengubah irama Melayu itu kepada vibes jazz sungguh memukau jiwa ramai termasuklah penonton-penonton di rumah. Bahkan lagu milik Dato’ M Nasir yang diterbitkan pada tahun 2002 berkenaan seakan-akan menerima satu nafas baru yang cukup unik.


Nyanyi Sedap Tapi Markah Rendah, Nyanyian Yonnyboii Dapat Pujian Dato’ M Nasir

Nyanyi Sedap Tapi Markah Rendah, Nyanyian Yonnyboii Dapat Pujian Dato’ M Nasir

Raih pujian tinggi daripada Dato M Nasir

Walaupun sekadar berdiri di atas pentas sambil menyeluk poket seluar, karisma Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin dapat disaksikan sendiri apalagi dengan dendangan vokal yang serak-serak basah. Usahanya membuahkan hasil apabila Dato’ M Nasir sendiri mengakui suka dengan persembahan itu selain mencadangkan rapper tersebut mengeluarkan single baru menggunakan lagunya sendiri. Bersetuju bahawa nyanyiannya cukup menusuk jiwa, netizen terus memuji selain berpendapat dia layak menerima markah lebih tinggi.


 

Nyanyi Sedap Tapi Markah Rendah, Nyanyian Yonnyboii Dapat Pujian Dato’ M Nasir \Nyanyi Sedap Tapi Markah Rendah, Nyanyian Yonnyboii Dapat Pujian Dato’ M Nasir

Nyanyi Sedap Tapi Markah Rendah, Nyanyian Yonnyboii Dapat Pujian Dato’ M Nasir

 

Sumber : YouTube TV9 Malaysia Official

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini