Nyaris Terumpan Ayat Jihan, Mas Idayu Buktikan Otai ‘Terror’ Pilih Penyanyi!

Program muzik nampaknya semakin menjadi hiburan kegemaran masyarakat di Malaysia dan hal ini jelas terbukti menerusi program realiti hiburan I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY). Mana taknya, rancangan yang dihoskan oleh dua pengacara yang sememangnya lucu iaitu Shuk Sahar dan Sean LJE ini disaksikan oleh puluhan ribu peminat sampai ‘trending’ di platform digital YouTube setiap minggu.

BACA: [VIDEO] Ajai ‘Set’ Rekod Baru ICSYVM, Habis Semua Penyanyi Disingkirkan!

Malam tadi, ‘Mami’ Mas Idayu telah menjadi artis jemputan yang mempunyai kuasa untuk menyingkirkan peserta dalam episod minggu ini. Manakala Aman Ra dan Elly Mazlein pula diundang sebagai penyiasat jemputan yang bertugas untuk membantu Ratu Gelek Malaysia itu membuat pilihan yang tepat.

Antara babak yang paling mencuri tumpuan ramai adalah sewaktu penyingkirkan peserta terakhir bergelar ‘Teh Tarik Satu’. Hal ini kerana pelawak Jihan Muse telah memberikan komen yang sangat padu tatkala diperdengarkan suara sebenar dalam sesi sebelum itu. Apabila peserta lelaki itu membuka sahaja suaranya, reaksi Mas Idayu dan Jihan telah cuit hati ramai! 

Tekaan Mas Idayu terhadap peserta bergelar ‘Melodi Terindah’ sebagai pemenenangnya nyata berhasil apabila dia merupakan antara penyanyi sebenar yang bersaing dalam episod kali ini. Dan ini sekali gus memperlihatkan bahawa ‘otai’ nampaknya masih berbisa dalam program realiti ini.

Tahniah sebab tak kena ‘kencing’ dengan Jihan…paling kuat menyamar

Menyanyikan lagu popular ‘Senggol Senggolan, Cubit Cubitan’, ternyata bakat serta suara yang dimiliki oleh penyanyi sambilan bernama Norafheda binti Madrigal ini telah memperoleh banyak pujian daripada netizen. Biarpun pada awalnya dia nampak kurang meyakinkan, namun kemenangan itu berjaya membawa wanita yang berasal dari Sabah ini untuk buat persembahan di konsert istimewa ICSYVMY. Dalam pada itu, netizen juga berseloroh mengenai gelagat yang ditampilkan oleh setiap selebriti dalam episod berkenaan. 

Sumber: YouTube TV9MALAYSIA Official & IG jihanmuse

Apa Komen Anda?