“Nyawa Jangan Buat Main!”- Disuluh Laser Suka-Suka, Pemandu Ini Nyaris Terbabas

Semasa musim perayaan minggu lalu, lebuhraya antara lokasi yang sering menjadi tumpuan dan paling meriah apabila ribuan kenderaan melaluinya untuk pergi dan pulang semula dari kampung halaman atau destinasi percutian masing-masing. Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang tidak sepatutnya berlaku oleh setiap pengguna kerana boleh mengakibatkan nahas seperti satu laporan yang dibuat oleh salah seorang pengguna jalan raya ini.

BACA: Padah Terus Main Phone Sedang Cas Lepas Mandi, Budak 4 Tahun AjaI Sebelum Raya

Menerusi satu pendedahan yang dimuatnaik oleh FB page Info Roadblock JPJ/P0LIS, pengadu tersebut menyatakan yang dia hampir terbabas selepas disuluh oleh pancaran lampu laser daripada sebuah kenderaan jenis Perodua Exora. Kejadian tersebut berlaku semasa dia memandu ke Perlis dari Dungun di LPT2 arah sebelum tol Kuala Terengganu. 

Dia boleh main laser aim pemandu…bila ditegur dia buat2 pekak

Perkara itu kemudian tular dalam kalangan netizen, dan majoriti daripada mereka mengecamnya sama ada dilakukan oleh kanak-kanak atau sesiapa pun yang berada dalam kereta tersebut.

Parents kena prihatin…amat mengundang perbuatan ni

Macam2 sekarang…mak bapak please jaga tingkah laku anak!

Orang macam ni bagi high beam je…baru kenal erti penyesalan

Sumber: FB Info Roadblock JPJ/P0LIS

Apa Komen Anda?