Nyawa Mak Dicabut Depan Mata, Dalam Keadaan Nazak Sempat Pesan Jaga Adik..

Kehilangan orang tersayang lebih-lebih lagi yang melibatkan kedua-dua ibu bapa bukanlah menjadi impian ramai. Itulah perkara paling perit untuk diterima dan tidak semua orang mampu mengharunginya. Begitulah perkongsian seorang pemilik Twitter yang menggunakan nama @loveianah merungkai detik kali terakhir dia melihat ibunya masih bernyawa dan sempat tinggalkan pesanan sebelum pergi buat selamanya.

BACA : Kecewa Laki Selingkuh Saat Hamil, Ibu Muda Ini Sampai Hidap Mental Depression!

Gambar Sekadar Hiasan

Minta tengokkan adik hingga selesai mandi

Menurut tweet yang ditulis, kejadian itu berlaku pada tahun 2004 di Minintod, Sabah dan ketika itu dia baru berusia 7 tahun. Sekitar jam 6.40 pagi hari tersebut, ibunya sibuk menguruskan kerja-kerja rumah dan meminta agar dia menjaga adiknya. Kebetulan bapanya juga baru sahaja tiba di rumah dari tempat kerja.

Ada orang masuk rumah selongkar barang cari duit!
Namun, 5 minit selepas itu gadis ini terdengar suara ibunya menjerit dari bilik mandi sementara dia masih duduk di ruang tamu. Ibunya sedang bergelut dengan orang yang memecah masuk rumah mereka kerana mahu mengambil adiknya yang sedang tidur sebagai tebusan selepas tidak menjumpai barang yang boleh dicuri.
Nampak mama ditet4k berkali-kali di leher & belakang
Dalam situasi yang penuh getir dan mencemaskan itu, ibunya tetap berusaha untuk merebut kembali adik daripada orang tersebut manakala dia menjerit memanggil bapanya. Sebaik dapat kembali adiknya daripada orang itu, dia pula ditendang hingga terdorong ke tepi.
Mama hanya pesan tunggu kat rumah, jaga adik betul2
Selepas itu, bapanya mengangkat ibu dan keluar banyak cecair berwarna merah menitik pada baju sementara menunggu kedatangan ambulans memandangkan tiada kenderaan dek kerana kesusahan hidup.
Selepas 6 bulan orang tu dibebaskan..
Selepas peristiwa hitam itu berlaku, dia terpaksa naik turun mahkamah untuk beri keterangan namun masih tiada keadilan buat ibunya. Hal ini  kerana saksi yang juga dirinya pada ketika itu berusia 7 tahun tidak diambil kira.
Dah 15 tahun berlalu..100% sembuh dari trauma
Sebelum mengakhiri penceritaannya, dia turut berpesan kepada orang ramai agar menghargai ibu bapa masing-masing kerana kasih sayang tidak boleh diganti dan dijual beli. Gadis ini turut berharap semua orang bahagia di samping keluarga tercinta.
Maaf di atas kehilangan..moga ibu awak ditempatkan di syurga
Perkongsian kisah tragis ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada para netizen apabila rata-rata mereka turut terkesan dengan apa yang terjadi malah turut mengagumi ketabahannya berhadapan dengan dugaan tersebut. Tidak ketinggalan juga, mereka turut berasa sebak apabila mengetahui akan kisah ini dan menzahirkan ucapan takziah kepada dia sekeluarga.
Sumber : Twitter loveianah

Apa Komen Anda?