Cinta Viral

“One In A Million”- Wanita Beri Kejutan Melamar Lelaki, Siap Sarungkan Cincin

“One In A Million”- Wanita Beri Kejutan Melamar Lelaki, Siap Sarungkan Cincin

Sudah menjadi kebiasaan bila bercakap soal lamaran, pastinya pihak wanita akan menyatakan ia merupakan peranan bagi orang lelaki. Tapi lain pula yang terjadi pada pasangan yang satu ini.

BACA : [VIDEO]Isteri Penghuni Syurga, Wanita Tabah Ketawa Damping Suami Kahwin Baru

Dear sayang…Will you marry me?

Menerusi satu video tular di aplikasi Tiktok, seorang pemuda dikejutkan oleh teman wanitanya yang dilihat berani melamarnya. Lamaran dirancang oleh perempuan itu sendiri dan ia dilakukan saat mereka menyambut ulang tahun teman lelakinya yang ke-24. Tanpa menunggu lama, lelaki tersebut terus menerima ajakan mendirikan rumah tangga lalu disarungkan cincin ke jarinya.

@jiehafezal97

Alhamdulillah, he say yes 🤲🏼 #22102021 #willyoumarryme #roadtonikah

♬ original sound – Jie – Jie

Kenal 11 tahun…Bertunang pada Januari yang lalu

Namun di sebalik kejadian sweet yang berlaku ini, wanita berkenaan menjelaskan sebenarnya mereka berdua telah pun berkenalan selama 11 tahun. Lelaki tersebut juga difahamkan telah merisik dan mengikat tali pertunangan pada awal tahun.


“One In A Million”- Wanita Beri Kejutan Melamar Lelaki, Siap Sarungkan Cincin

Sayang tak pernah tunjuk…Itu cara saya luahkan perasaan sayang pada dia

Menurutnya, dia sebenarnya bertindak demikian untuk menunjukkan rasa sayang pada tunangnya itu. Disebabkan perwatakannya agak ‘kejantanan’, hal itu menjadikan dia agak sukar untuk meluahkan perasaan. Difahamkan juga sewaktu bertunang, tiada cincin yang diberikan. Dalam pada itu, gadis yang mesra disapa dengan panggilan Jiha menyatakan dia dan pasangan akan melangsungkan pernikahan pada Februari tahun hadapan.


“One In A Million”- Wanita Beri Kejutan Melamar Lelaki, Siap Sarungkan Cincin

Sumber : Tiktok jiehafezal97  & Portal mStar 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“One In A Million”- Wanita Beri Kejutan Melamar Lelaki, Siap Sarungkan Cincin

Facebook

Telegram