Family Hiburan

“Orang Lain Dapat Bunga Segar, Aku..”-Hampir Nangis Dapat Hadiah Daripada Adik

“Orang Lain Dapat Bunga Segar, Aku..”-Hampir Nangis Dapat Hadiah Daripada Adik

Semenjak dua menjak ini, kerap pula kisah-kisah yang berlaku sepanjang minggu konvokesyen muncul di media sosial. Ada kisah yang memberi inspirasi, menyayat hati serta ada juga yang melucukan seperti kisah seorang graduan ini yang menerima pemberian daripada adik lelakinya yang tidak disangka-sangka. Sebelum ini ada yang dihadiahkan jambangan ayam goreng, sayur-sayuran atau wang tunai tapi kali ini sangat berbeza. 


BACA: Mentang-Mentang Aku Student Kulinari, Tengok Diorang Bagi Apa Konvo Tadi..

Bunga apa ni?

Siapa sangka di hari bahagia tersebut, gadis berkenaan akan menerima hadiah bunga cengkih dari adiknya sendiri. Kelainan yang dibawa itu nyata membuatkan kakaknya serta keluarga tergelak-gelak. Bunga cengkih tersebut dibalut dengan helaian tisu dan diikat dengan getah sebelum diberikan kepadanya. 

Tahniah eh, tahniah

Kejutan yang dibuat sejurus selepas upacara konvokesyen itu dipercayai turut dirancang bersama keluarga. Gadis itu turut mengakui dia ketawa serta hampir menangis dengan pemberian tersebut dan mempersoalkan kenakalan adiknya itu. 


“Orang Lain Dapat Bunga Segar, Aku..”-Hampir Nangis Dapat Hadiah Daripada Adik

Kalau adik aku macam ni sumpah aku halau dia balik


Video yang telah dikongsikan tersebut telah mendapat jumlah tontonan lebih 122,300 kali beserta 13,000 retweet setakat ini. Walaupun nilai hadiah tersebut tidaklah seberapa namun apa yang mahal adalah kenangan sewaktu menerimanya. Ramai netizen yang terhibur dengan kelakuan adik-beradik itu yang dilihat mencuit hati.

“Orang Lain Dapat Bunga Segar, Aku..”-Hampir Nangis Dapat Hadiah Daripada Adik “Orang Lain Dapat Bunga Segar, Aku..”-Hampir Nangis Dapat Hadiah Daripada Adik “Orang Lain Dapat Bunga Segar, Aku..”-Hampir Nangis Dapat Hadiah Daripada Adik

Sumber: Twitter Raihana

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Orang Lain Dapat Bunga Segar, Aku..”-Hampir Nangis Dapat Hadiah Daripada Adik

Facebook

Telegram