Orang Perempuan Ni Suka Berfikir, Tolong Cari Masa Dengar Apa Dia Nak Luah..

Meskipun sudah menjalankan tanggungjawab setiap bulan untuk memberi nafkah kepada anak isteri, namun itu tidak bermakna tugas anda telah selesai. Memanglah kebanyakkan urusan rumah biasanya diuruskan oleh isteri, tetapi para suami perlu ingat bahawa mereka juga ada hati dan perasaan. Jika anda tidak boleh membantu kerana sibuk bekerja di siang hari, maka carilah masa sekurang-kurangnya untuk berkomunikasi dan dengar luahan mereka walau untuk seketika cuma.

BACA: Para Isteri Selalulah Membebel Pada Suami Anda, Baik Untuk Otaknya Sebab..

Ikuti perkongsian yang pernah dibuat oleh saudara Firdaus Shakirin mengenai perkara tersebut di laman Facebook miliknya.

Isteri perlu seseorang untuk berbual…dapat jadi pendengar baik pun dah cukup

Gambar sekadar hiasan

Perempuan ni suka berfikir…nampak kecil tapi itu mampu menguatkan dirinya

Selaku insan yang paling dekat dan hidup bersama sehingga ke hujung nyawa,  maka sudah menjadi kewajipan untuk para suami mendengar luahan atau perkara yang ingin dikongsikan oleh mereka. Logik atau tidak pun jangan ambil kira, dengar sahaja terlebih dahulu. Hal ini kerana wanita telah diciptakan oleh Tuhan sebagai manusia yang mempunyai daya pemikiran lebih kompleks. Oleh sebab itu, dia menyeru semua lelaki di luar sana agar luangkan sedikit masa terhadap perkara ini.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB Firdaus Shakirin

Apa Komen Anda?