Roti tisu mempunyai adunan tepung yang sama dengan roti canai, bezanya ia akan dileperkan sehingga nipis sebelum digulung menjadi seakan-akan bentuk kon. Terpulang kepada kemahuan pelanggan, ada yang gemarkan versi kosong, tabur gula ataupun dicurah susu pekat. Namun siapa sangka bagi beberapa individu di bawah ini, mereka seakan-akan dihidangkan dengan ‘kejutan’.
BACA : Syok Tengok Performance Roti Canai Terbang, Sekali Landing Cantik Atas Kepala
Masa order tak fikir pulak dia setinggi ini
Kebiasaannya di kedai mamak, roti tisu yang sudah siap digulung akan disediakan secara ‘membaring’ di atas pinggan. Tetapi kali ini, mereka benar-benar terkejut kerana ia diletakkan secara tegak begitu tinggi sekali hinggakan ramai pelanggan lain turut mengalihkan pandangan ke arah meja berkenaan.
@intan_noi nnti repeat lg #fyp
Macam ni la kami makan…Tapi lenguh ketiak sikit
Oleh kerana roti berkenaan ibarat tinggi melangit, ramai yang tertanya bagaimanakah mereka menjamu makanan tersebut. Walaupun nampak seperti lenguh tangan, wanita tersebut akan mencuit satu persatu cebisan roti dan siap-siap diletakkan di atas pinggan. Sebenarnya, geng ini juga tak sangka roti tisu yang dipesan akan disediakan setinggi itu.
@intan_noi Reply to @nurharyatiishak #fyp cm ni la kami makan tp lenguh ketiak sikit
@intan_noi Reply to @zain6213 #fyp tapi rasa die mmg sedap
Seriuslah tinggi tu roti tisu dia?…Selalu jumpa tinggi sikit dari bungkusan nasi lemak
Melalui ruangan komen, ramai netizen yang nyatanya terhibur dan berseloroh mereka akan malu jika dihidangkan roti tisu setinggi itu. Sejak dimuat naik, rakaman asalnya berjaya meraih jutaan tontonan daripada netizen.
Kredit : TikTok intai noi
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
