Inspirasi

Siap Bubuh Bedak Sebelum Pakai Pampers, Oyen Lumpuh Dijaga Macam Anak Sendiri

Siap Bubuh Bedak Sebelum Pakai Pampers, Oyen Lumpuh Dijaga Macam Anak Sendiri

Sharing is caring!

Sikap bantu-membantu dan saling menyayangi bukan sahaja terhad sesama manusia, malah harus diterapkan juga kepada haiwan. Demikianlah sikap ditonjolkan seorang wanita yang menyelamatkan kucing tak bermaya di tapak gerainya.

BACA: Oyen Sesat Selamba Terkangkang Masuk Rumah Orang, Rupanya Family Tak Minat Jaga

Jumpa dia tak dapat bergerak atau mengesot…rupanya saraf dari paras pinggang ke bawah dah tak berfungsi

Menurut Puan Siti Nur Hidayah, ‘si Oyen’ tersebut ditemukan dalam keadaan lemah dan kotor sekitar awal tahun ini. Doktor malah memberinya pilihan supaya ‘dimatikan’ selepas saraf daripada paras pinggang didapati tak berfungsi hingga menyebabkannya lumpuh kekal.

Siap Bubuh Bedak Sebelum Pakai Pampers, Oyen Lumpuh Dijaga Macam Anak Sendiri


Macam nilah cara pakaikan Oyen pampers, siap bubuh bedak…Alhamdulillah sihat sekarang

Namun begitu, wanita yang berhati mulia tersebut sudi menjaga kucing istimewa tersebut sehingga kini. Berbeza dengan ‘si bulus’ lain, Nur Hidayah menjaganya dengan sangat rapi termasuklah perlu dipakaikan lampin pakai buang seperti dalam video yang dikongsi olehnya baru-baru ini.

Tengok mata dia… 😻

Posted by Siti Nur Hidayah on Saturday, November 7, 2020

Bertuah Oyen comelnya bila pakai pampers…terima kasih sudi jadi tuan yang baik hati & prihatin

Gelagat comel kucing dipakaikan lampin dalam paparan tersebut nyata mendapat banyak reaksi dalam kalangan netizen. Selain itu, mereka turut memuji sikap pemiliknya yang sangat penyayang dan prihatin terhadap nasib haiwan malang seperti ini.

Siap Bubuh Bedak Sebelum Pakai Pampers, Oyen Lumpuh Dijaga Macam Anak Sendiri

Siap Bubuh Bedak Sebelum Pakai Pampers, Oyen Lumpuh Dijaga Macam Anak Sendiri


Siap Bubuh Bedak Sebelum Pakai Pampers, Oyen Lumpuh Dijaga Macam Anak Sendiri

Sumber: FB Siti Nur Hidayah via Kelab Pencinta Kucing Malaysia


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini