Viral

Oyen Sesat Selamba Terkangkang Masuk Rumah Orang, Rupanya Family Tak Minat Jaga

Oyen Sesat Selamba Terkangkang Masuk Rumah Orang, Rupanya Family Tak Minat Jaga

fKucing adalah salah satu haiwan peliharaan yang cukup manja dan setia dengan tuannya. Samalah seperti kisah seekor ‘Oyen’ sesat ini.


BACA: Tak Sedar Badan Dah Chubby, Oyen Buat Hal Sampai Terkangkang Masuk Laci Almari

Oyen masuk rumah…relax & selamba buat macam rumah sendiri

Baru-baru ini, pengguna Twitter bernama Mustaqim mendedahkan bahawa rumahnya telah ‘diterjah masuk’ oleh seekor kucing sesat yang tak diketahui dari mana asalnya. Apa yang mencuri tumpuan adalah ia bukan saja masuk tanpa kebenaran, tapi siap selamba duduk terkangkang di kawasan ruang tamu kediaman tersebut.


Dah 2 hari bermalam…cuba letak iklan kalau owner Oyen tengah cari

Dipendekkan cerita, ‘si bulus’ sesat tersebut telah menginap selama 2 hari di rumah berkenaan. Gara-gara khuatir pemiliknya mungkin risau dengan kehilangan kucing berkenaan, Mustaqim telah membuat hebahan tentang haiwan tersebut di sekitar kawasan perumahannya.


Dulu ada tuan, tapi lepas tiada ahli keluarga lain tak minat jaga…tak kisah kalau Oyen hilang

Menerusi perkembangan oleh lelaki itu hari ini, dia memaklumkan sudah menemui keluarga Oyen sesat tersebut. Namun begitu, mereka sudah tak berminat untuk menjaga kucing tersebut sejak pemilik asalnya telah tiada. Tambahnya, mungkin itulah sebab mengapa haiwan sesat tersebut ditemukan dalam keadaan tak terurus pada awalnya. Namun ia tetap dipulangkan kepada merek juga.

Sumber: Twitter MustaqimJiwa

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Oyen Sesat Selamba Terkangkang Masuk Rumah Orang, Rupanya Family Tak Minat Jaga

Facebook

Telegram