Family

“Pa, Kita Dah Ada Cucu..” – Nora Gembira Sambut ‘Permata’ Baru Dalam Keluarga

“Pa, Kita Dah Ada Cucu..” – Nora Gembira Sambut ‘Permata’ Baru Dalam Keluarga

Sharing is caring!

Selepas diuji dengan kehilangan suami tercinta, Nora Ariffin sekali lagi dibelenggu episod duka apabila anak keduanya iaitu Alif Johan menghadap Ilahi pada tahun lepas. Sejak itu, dia mula bangkit meneruskan hidup demi anak-anak termasuklah masih aktif membuat persembahan.

BACA: Minta Maaf , Su Tak Dapat Bagi Seorang Cucu Pun Untuk Mak Anak Mak


“Pa, kita dah dapat cucu…Kalau abang masih hidup, tentu happy sangat”

Tapi nampaknya, pada tahun 2020 kehidupan penyanyi lagu ‘Di Persimpangan Dilema’ itu kembali bersinar. Menerusi posting terbaru di Instagram, Nora Ariffin meluahkan rasa syukur ketika menyambut cucu sulungnya pada hari ini. Selain itu, dia mengakui dengan kehadiran ‘permata’ baru tersebut seterusnya menjadi penawar dalam keluarganya. Namun, selebriti berusia 47 tahun ini turut berasa sedih kerana moment tersebut tidak dapat disambut bersama-sama dengan Allahyarham suaminya.

“Pa, Kita Dah Ada Cucu..” – Nora Gembira Sambut ‘Permata’ Baru Dalam Keluarga


“Pa, Kita Dah Ada Cucu..” – Nora Gembira Sambut ‘Permata’ Baru Dalam Keluarga

Mendoakan agar Ayden jadi anak yang baik sama seperti Allahyarham Johan Nawawi

Nora juga menitipkan pesanan kepada anak dan menantunya supaya menghargai zuriat yang dikurniakan. Selain itu, penyanyi wanita ini turut berharap agar kehadiran Ayden Johan akan memberikan kebahagiaan kepada keluarganya. Dalam keterujaan tersebut, dia turut berharap si cilik berkenaan akan menjadi insan yang baik dan soleh seperti Allahyarham Johan Nawawi. Selebriti wanita ini juga sempat memberikan penghargaan kepada mereka yang terlibat semasa menyambut kelahiran cucunya.

“Pa, Kita Dah Ada Cucu..” – Nora Gembira Sambut ‘Permata’ Baru Dalam Keluarga

“Pa, Kita Dah Ada Cucu..” – Nora Gembira Sambut ‘Permata’ Baru Dalam Keluarga

“Pa, Kita Dah Ada Cucu..” – Nora Gembira Sambut ‘Permata’ Baru Dalam KeluargaSumber: Instagram itsnoraariffin


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!