Padah Buat Kapsyen ‘Hate Speech’, Cik Epal Nak Saman Makcik Facebook Pulak?

Bermula dengan isu stroller RM3000, jumlah pendapatan lumayan, sehinggalah isu kapsyen yang ditiru Dato’ Aliff Syukri, nama Instafamous Cik Epal begitu hangat diperkatakan di media sosial sejak beberapa hari kebelakangan ini. Terbaru melalui IG story, Cik Epal ada mendedahkan satu status panjang di Facebook yang ditulis seorang wanita ini tentang dirinya. 

BACA: “Kena Kecam Pun Job Lebat” – Cik Epal Dedah Jumlah Income, Cecah Lebih RM50K!

Perhhh akak ni punya ulasan pasal aku bukan calang2

Kesimpulannya, wanita itu telah mengkritik sikap Cik Epal yang pada pandangannya agak riak dan sombong dalam setiap penulisan kapsyen dan status di media sosial. Terdapat juga netizen yang sependapat dengannya dan hangat ‘membawang’ perkara itu di ruangan komen. 

Dia memang famous dengan benda2 lifestyle

Dia pernah viral bagi kereta mahal kat suami

Blogger patutnya jadi contoh.. bukannya riak 

Mengidolakan orang yg salah.. ajar budak2 tak matang 

Selepas status wanita itu menerima respon daripada Cik Epal di ruangan komen, individu tersebut terus menyekat akaun Cik Epal serta memadam semula status itu dari Facebook apabila Cik Epal menyebut perihal saman. 

Saya dah screenshot semua caption.. dah refer lawyer 

Aku dah komen nak hantar lawyer, terus block

Ingat dah berani sangat.. ada sorang lawyer aku dah call

Perbualan Cik Epal dengan seorang peguam di WhatsApp

Dah delete tak semestinya akak selamat tau

Prinsip hidup aku simple…

Yang dok kecam2 aku ni.. lawan dengan undang2 je

Berani kerana benar.. asal delete? 

Aku hidup tak kacau orang kot. Cuma jangan kacau akulah

Dalam pada itu, Cik Epal turut berkongsi video yang memaparkan penjelasan suaminya, Jofliam tentang rasionalnya menyaman individu (entiti ketiga) yang memberikan pendapat berunsurkan menjatuhkan seseorang di media sosial. 

Saya percaya semua orang berhak berpendapat

Siapa dia entiti ketiga? Individu yang tidak mengenali atau tiada kena mengena dengan pihak yang diperkatakannya di status media sosial tetapi menulisnya seolah-olah mengenali siapa mereka.

Tak kenal, tapi komen seolah tahu segalanya

Posting2 macam ni sebenarnya satu kepuasan

Nafsu letak tepi, akal biar nombor satu

Once korang kena saman, orang yang like tu takkan tolong pun

Sumber: IG story cikepal06

Apa Komen Anda?