Viral

Padah Menjawab Bila Ditegur Main Cilok-Cilok, Budak Sekolah Ini Makan Penampar

Padah Menjawab Bila Ditegur Main Cilok-Cilok, Budak Sekolah Ini Makan Penampar

Sharing is caring!

Menunggang motosikal secara laju sememangnya boleh mendatangkan risiko bukan sahaja terhadap diri sendiri tetapi pengguna jalan raya yang lain. Lebih teruk lagi, jika perbuatan sebegitu dilakukan di kawasan yang sesak dengan kenderaan dan orang awam di depan matanya. Samalah seperti perkongsian daripada seorang pengendali akaun Twitter bernama @xpenx187 yang menyaksikan suatu insiden melibatkan pelajar sekolah baru-baru ini. 

BACA: Sempat Beli Kek, Niat Gadis Pulang Untuk Sambut Hari Lahir Ibu Bertukar Tragedi

Tadi ada seorang budak ‘cilok’ sebuah kereta

Menerusi perkongsian tersebut, penunggang motosikal itu difahamkan telah ‘memintas’ sebuah kereta di hadapannya dengan cara yang agak berisiko. Bahkan tindakan itu hampir sahaja menyebabkan kereta berkenaan hilang kawalan dan merempuh kenderaan lain. Lebih menggeramkan adalah apabila diajak berbincang secara baik, lain pula perkara yang terjadi.


Padah Menjawab Bila Ditegur Main Cilok-Cilok, Budak Sekolah Ini Makan Penampar

Padah Menjawab Bila Ditegur Main Cilok-Cilok, Budak Sekolah Ini Makan Penampar
Gambar sekadar hiasan

 

Bapa aku tak bising, kau pula bising

Bercerita lanjut, remaja itu nampaknya tidak memberikan kerjasama apabila memberontak dengan melemparkan ungkapan yang agak kasar. Berang dengan tindakan pelajar sekolah berkenaan, pemandu kereta itu bertindak untuk melempangnya. Namun apa yang melucukan adalah remaja belasan tahun itu sempat pula mengungut kononnya akan mengadukan perkara itu kepada bapanya. Bagaimanapun selepas lama menunggu, ternyata ‘batang hidung’ pelajar itu bersama bapanya tidak langsung kelihatan. 

Padah Menjawab Bila Ditegur Main Cilok-Cilok, Budak Sekolah Ini Makan Penampar

Padah Menjawab Bila Ditegur Main Cilok-Cilok, Budak Sekolah Ini Makan Penampar
Gambar sekadar hiasan

Terhibur baca. Dah besar pun nak mengadu dekat bapa lagi

Posting berkenaan telah dihujani pelbagai reaksi daripada netizen. Sebahagian daripada mereka nampaknya berpuas hati dengan pengajaran yang dilakukan oleh pemandu kereta berkenaan sambil berseloroh di ruangan komen. Biarpun ringkas, namun rata-ratanya menyatakan rasa terhibur sehingga berjaya meraih lebih 14 ribu retweets setakat ini.

Padah Menjawab Bila Ditegur Main Cilok-Cilok, Budak Sekolah Ini Makan Penampar Padah Menjawab Bila Ditegur Main Cilok-Cilok, Budak Sekolah Ini Makan Penampar Padah Menjawab Bila Ditegur Main Cilok-Cilok, Budak Sekolah Ini Makan Penampar

 

 

Sumber: Twitter Penwontbite



Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!