Padah Tegur Imej Menjolok Mata, Asad Motawh Berbalah Dengan Instafamous Vietnam

Setelah lama menyepi daripada k0ntroversi, nama Asad Motawh sekali lagi menjadi hangat apabila dia didakwa berbalah dengan seorang Instafamous dari Vietnam bernama Jadey Anh. Menurut artikel daripada mStar, perbalahan ini bermula apabila Asad bertindak menegur cara pemakaian Jadey Anh agak menjolok mata. Niatnya yang sekadar mahu menegur mula mengundang bengang Instafamous tersebut.

Baca : [VIDEO] “Acah Menyanyi…”-Berganding Dengan Vokalis Hebat, Suara Asad Dikecam

Advertisement

Untuk pengetahuan semua, mereka telah bersahabat lebih kurang 2 tahun dan selalu bertemu di Kuala Lumpur.

Pada awalnya, Jadey telah membuat luahan di laman IG Storynya agar para peminat dari Malaysia dan Indonesia dapat mengawal sikap mereka.

Advertisement

Saya ramai peminat dari Malaysia dan Indonesia. Tak tahu macam mana nak cakap sebab saya taknak dibenci. Pengikut wanita baik sikit, ada yang kurang ajar tapi takpelah. Kepada pengikut lelaki saya, korang memang biadap. Jangan la menggatal sangat. Tolong hormat saya sebagai orang yang dah berpunya. Memang saya selfie dedah sana sini, tapi tak bermakna korang boleh bersikap jijik. Saya tak salahkan semua. Ada sesetangah je.

Advertisement

Selaku rakan yang mengambil berat, Asad mula menitipkan pesanan buat Jadey.

Awak patut ubah pemikiran. Dunia ni memang tempat menjijikkan. Kalau tak nak diganggu lelaki gatal, tak payah muat naik gambar terdedah. Awak hanya tarik perhatian mereka. Awak merungut tapi nampak macam awak suka perhatian. Bencilah saya sekarang. Nanti awak akan berterima kasih pada saya.

Advertisement

Namun begitu, Jadey menjadi tidak berpuas hati dengan nasihat Asad yang kelihatan berat sebelah.

Saya tak kisah kalau orang lain cakap. Tapi ni kawan sendiri. Awak tak perlu sokong saya tapi benda macam ni menyedihkan. Awak boleh salahkan saya pula. Baguslah dah tunjuk perangai sebenar.

Advertisement

Saya tak tutup nama dia. Tapi takpelah. Saya hanya Instafamous je. Dia artis terkenal Malaysia. Tak bagi kesan pun pada kerjaya dia.

Advertisement

Menurut Asad pula, dia juga tidak menyangka Instafamous itu tersinggung sekaligus memuat naik perbualan mereka ke laman sosialnya.

Terpulang pada dia nak terima atau tak…Saya tak mahu besarkan isu ini

Advertisement

Sumber : Portal mStar

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?