Pemergian Siti Sarah pada Ogos tahun lalu bukan sahaja memberikan kesan kepada Shuib sekeluarga. Sebaliknya, satu Malaysia turut berduka selama beberapa minggu apalagi selepas mengetahui segala amalan baik yang dilakukan oleh penyanyi itu sepanjang hayatnya. Ketika itu, hanya iringan doa mampu diberikan netizen semoga keluarga berkenaan terus kuat khususnya anak-anak mereka yang masih kecil.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Dia kata “Padan muka ibu dia dah tiada”…Dia ejak Dekta
Apabila perginya ibu tercinta untuk selamanya, pastinya tercetus kerinduan yang sangat mendalam di hati anak-anak. Namun siapa sangka, Dzakira Talita Zahra atau lebih mesra digelar Dekta baru-baru ini diuji dengan gangguan oleh kawan-kawan di sekolah. Anak kedua kepada pasangan Shuib dan Siti Sarah ini terlihat menangis kesedihan dan cuba ditenangkan dalam dakapan seorang wanita.
Mohon ajar anak lebih sensitif dengan sensitiviti orang lain…Dugaan kita tak sama
Apabila ditanya lebih lanjut, alangkah sedihnya hati mengenangkan rakan-rakan mengejek Dekta yang kini sudah tidak mempunyai seorang ibu lagi. Sejak dimuat naik sekitar 4 jam lalu, rakaman sayu itu sudah meraih lebih 200 ribu jumlah tontonan sekali gus mencetuskan rasa sebak ramai.
@sitihasreena Moga anak2 kita dilindungi #fypシ
Takpe Dekta….Diaorang tak tahu perginya ibu Dekta dulu dicemburui 1 dunia
Melalui ruangan komen, ramai netizen akui memahami kesedihan yang dirasai oleh Dekta apalagi mereka juga sudah kehilangan ibu ayah masing-masing. Di suatu sudut lain, mereka berharap agar kejadian ini menjadi pengajaran semoga penjaga di luar sana lebih tegas dalam membentuk sahsiah serta akhlak anak-anak khususnya sensitiviti berkaitan anak yatim.
Kredit : TikTok Reena Lee
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
