Hari Ibu merupakan detik penghargaan simbolik buat insan yang paling istimewa dalam hidup kita. Pasti hari ini ramai menyediakan pelbagai kejutan buat bonda masing-masing dilakukan seperti kisah menarik baru-baru ini di group Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’.
BACA: Disangka Girlfriend Anak Sendiri, Ramai Mesti Tak Percaya Usia ‘Hot Mama’ Ini
Jam 2 pagi, terdengar orang buka pintu
Pada awalnya, wanita bernama Rhea Baser Cha mendedahkan bahawa dia telah terjaga sekitar awal pagi tadi apabila terdengar bunyi pintu rumah dibuka. Gara-gara bimbang, dia pergi memeriksa keadaan tersebut sebelum mendapati anak lelakinya keluar senyap-senyap untuk memetik beberapa daun pandan.
Takut kena marah, terus dedahkan kejutan
Disebabkan risau dimarahi oleh ibunya, si anak terus membocorkan rahsia bahawa dia sedang membuat kek sempena meraikan hari istimewa tersebut. Wanita berkenaan hanya mampu menahan air mata dan rasa sebak apabila mendengar pengakuan tersebut.
Kek tak berapa menjadi…tapi rasa & aroma tu sedap
Meskipun tak berjaya dimasak sempurna, namun aroma dan tekstur kek tersebut tetap diakui enak oleh Puan Rhea Baser. Malah jauh di sudut hatinya dia terharu terhadap usaha ikhlas remaja 13 tahun itu dan terus menikmati juadah berkenaan pada jam 3 pagi tadi. Secara keseluruhannya posting tersebut mendapat lebih 300 perkongsian dan reaksi positif daripada netizen.
Sumber: FB Rhea Baser Cha
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura