Viral Kehidupan

4 Tahun Pakai Phone Rosak, Akhirnya Menangis Bila Kawan Datang Bagi Surprise

4 Tahun Pakai Phone Rosak, Akhirnya Menangis Bila Kawan Datang Bagi Surprise 1

Sharing is caring!

Setiap orang pasti mempunyai smart phone yang canggih bagi melancarkan segala urusan harian serta berkomunikasi dengan orang lain. Tetapi tidak semua orang berpendapat yang sama kerana mungkin bagi mereka, telefon bimbit hanyalah sekadar kemahuan bukan keperluan seperti seorang lelaki ini.

BACA: Mak Cik Terharu Rumah Tak Putus Diziarahi Kawan Anak, Walau Dah 3 Tahun ‘Tiada’


Pakai phone yang sama selama 4 tahun dah

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman Twitter yang dimuat naik oleh @Faizallibrhm telah membuat kejutan buat salah seorang rakannya. Menurut Faizal, rakannya itu telah menggunakan phone yang sama sejak 4 tahun lalu dan kini peranti itu telah rosak.

4 Tahun Pakai Phone Rosak, Akhirnya Menangis Bila Kawan Datang Bagi Surprise

4 Tahun Pakai Phone Rosak, Akhirnya Menangis Bila Kawan Datang Bagi Surprise

Sebak bila tahu kawan-kawan dah pakat kumpul duit nak belikan telefon baru

Dalam rakaman yang berdurasi kurang dari 2 minit itu, pada mulanya Faizal bersama rakan-rakan lain bertindak mengusik kononnya ingin merosakkan telefon bimbit terbabit. Tidak lama kemudian, Faizal memberikan kotak smart phone baru kepadanya sehingga menyebabkan lelaki yang dikenali sebagai @Izrlnjmi menjadi sebak dengan kejutan berkenaan.


Jangan lupa jawab panggilan bila kawan-kawan call

Faizal juga sempat menitipkan pesanan kepada rakannya itu untuk mengangkat call atau membalas mesej selepas memiliki telefon baru. Selain itu, dia juga mengingatkan kepada orang ramai untuk menghargai rakan-rakan yang rapat selagi mereka masih ada di dunia ini.

4 Tahun Pakai Phone Rosak, Akhirnya Menangis Bila Kawan Datang Bagi Surprise

Sumber: Twitter @Faizallibrhm


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes