“Pakai Stokin Untuk Elak Sejuk Je, Tiada Kena Mengena Angin Masuk” – Dr Amalina

Sudah menjadi kebiasaan untuk para ibu yang telah melahirkan anak pasti berpantang mengikut petua orang dulu-dulu. Namun sejak kebelakangan ini, ada sesetengah pihak yang mula mempersoalkan kesahihan cara tradisional tersebut dan membandingkannya dengan amalan moden. Prihatin dengan isu ini, Dr Amalina Bakri telah menjawab beberapa persoalan mengenai kemelut tersebut menerusi laman sosialnya berserta beberapa kenyataan sokongan pakar. 

BACA: Hari Terakhir Berpantang, Akhirnya Elfira Loy Tayang Muka Penuh Anak

“Berpantang yang boleh bawa kebaikan tak apalah”

Advertisement

Jelasnya, tidak salah jika golongan wanita ingin mengikut petua tradisional sekiranya tidak memudaratkan kesihatan. Walau bagaimanapun, si ibu perlu tahu membezakann apakah perkara yang baik atau tidak untuk tubuh badan. Antara mitos yang sering dipercayai masyarakat kita adalah tubuh badan akan masuk angin apabila tidak memakai stokin sewaktu berpantang. Walhal sebenarnya, perkara itu cuma sekadar untuk faktor keselesaan sahaja. 

Advertisement

Gambar Sekadar Hiasan

Menjawab soalan anda tentang angin

Kenyataan itu disangkal oleh Dr. Amalina sambil menyelitkan perkongsian daripada Dr Imelda Balchin yang juga seorang pakar obstetrik dari PPUM. Sebelum ini, pakar tersebut pernah menjelaskan masalah angin dalam badan berpunca daripada masalah penghadaman yang tidak sihat. Bukannya angin masuk melalui kulit atau tapak kaki dan sebagainya. Sistem penghadaman setiap individu bukan sahaja berlainan, malah turut mempunyai reaksi atau tindak balas yang berbeza-beza terhadap setiap jenis makanan. 

Advertisement

Sumber: Twitter Dr Amalina Bakri & Facebook Dr Imelda Bachin

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?