“Pakai Tie Bunga”- Datang Temuduga SPA, Tapi Penampilan Macam Budak Sekolah

Etika pemakaian dan penampilan diri memainkan peranan utama ketika menghadiri temuduga pekerjaan terutamanya di sektor awam. Ini kerana penampilan diri akan memberikan ‘first impression’  di saat calon melangkah masuk ke bilik temuduga dan dari situlah personaliti mereka akan mula dinilai oleh panel penemuduga. Kalau ‘first impression‘ pun dah negatif, macam mana panel nak tertarik dengan anda untuk sesi yang selanjutnya? 

BACA: Nak Cari Kerja? Ikuti Tips Persiapan Yang Boleh Dibuat Sejak Zaman Belajar

Gambar sekadar hiasan

Itulah yang dikesalkan oleh seorang pegawai ini apabila dia menghadirkan diri ke Pejabat SPA cawangan Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini untuk melihat para calon. Sengaja mengenakan pakaian yang agak santai, tiada seorang pun calon yang mengesyaki bahawa diri mereka sedang diperhatikan oleh pegawai tersebut. 

Saya melihat sendiri etika berpakaian calon-calon interview Sektor Ker4jaan

1 jam saya perhati sorang demi sorang.. Rasa macam nak nangis!

Belum masuk bab body language & komunikasi

Gambar sekadar hiasan

Tie bunga2 zaman P Ramlee.. jam getah

Make up tebal.. tudung singkat

Baju kurung pergi kenduri

Gambar sekadar hiasan

Peliknya mereka ada Degree & Diploma

Sumber: FB Iklan Dan Kerjaya

Apa Komen Anda?