Kesihatan

Pakar Dermatologi Dedah Tips Berguna, Elak Masalah Kulit Semasa Pakai Face Mask

Pakar Dermatologi Dedah Tips Berguna, Elak Masalah Kulit Semasa Pakai Face Mask

Sharing is caring!

Sejak akhir-akhir ini ramai yang merungut kerana terpaksa memakai face mask khususnya di tempat awam. Walaupun efektif untuk mengelak daripada wabak COVID-19, tapi pelitup muka didakwa boleh mengakibatkan masalah kulit di bahagian muka pula. Bagi mengelakkan anda daripada mengalami keadaan-keadaan seperti berikut, cuba amalkan beberapa tips yang disyorkan oleh pakar dermatologi.

BACA: Gelagat Sepasang Couple Makan & Minum Tak Cabut Face Mask Dilihat Menyeramkan

Pakar Dermatologi Dedah Tips Berguna, Elak Masalah Kulit Semasa Pakai Face Mask
Gambar Sekadar Hiasan

Cuci muka pada setiap pagi & malam…elakkan pakai face mask lepas make up

Lazimnya penjagaan kulit yang rapi dan teliti dapat mencegah masalah kulit. Selain amalkan mencuci muka pada setiap pagi dan malam, orang ramai juga digalakkan untuk gunakan pembersih muka yang tak mempunyai sebarang campuran wangian. Bukan itu sahaja, make up di sebalik pelitup muka juga boleh menyebabkan liang pori tersumbat sekali gus cetuskan jerawat.


Pakar Dermatologi Dedah Tips Berguna, Elak Masalah Kulit Semasa Pakai Face Mask
Gambar Sekadar Hiasan

Pelembab muka membantu dalam penjagaan kulit…boleh mengelakkan bibir kering dan pecah

Apabila memakai pelitup muka masalah kulit kering pasti akan terjadi. Penggunaan pelembab muka yang bersesuaian dengan jenis kulit bagi mengelak tersebut. Pelembab bibir juga mustahak supaya tak dibiarkan kering dan pecah-pecah sepanjang memakai face mask.

Pakar Dermatologi Dedah Tips Berguna, Elak Masalah Kulit Semasa Pakai Face Mask
Gambar Sekadar Hiasan

Beri kulit anda bernafas…jangan memakai pelitup muka tanpa membukanya seharian

Dalam pada itu, pakar turut menyarankan supaya masyarakat membuka face mask setiap empat jam sekali selama 15 minit tetapi pastikan tak berada di tempat sesak terlebih dahulu. Hal ini penting supaya kulit dibiarkan dapat bernafas.


Pakar Dermatologi Dedah Tips Berguna, Elak Masalah Kulit Semasa Pakai Face Mask
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Astro Awani


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!