Hiburan Viral

“Pakej Cukup Lengkap”- Apex Tajudin Tepati Ramalan Juara Mentor Milenia 2019

“Pakej Cukup Lengkap”- Apex Tajudin Tepati Ramalan Juara Mentor Milenia 2019

Sharing is caring!

Program nyanyian realiti, Mentor Milenia 2019 baru sahaja melabuhkan tirainya selepas hampir sepuluh minggu bersiaran dengan menobatkan Apex Tajudin sebagai juara bagi musim kelapan tersebut. Protege kepada mentor Hazama  yang juga berasal dari Terengganu ini dikatakan telah menepati ramalan orang ramai apabila berjaya menyingkirkan 3 lagi finalis akhir lain bagi merebut kemenangan tersebut.

BACA: [VIDEO] Padu Bawa Lagu TokTi, Apex Tajudin Tepati Ramalan Ke Pentas Akhir

Tepati ramalan sebagai juara mentor

Berbekalkan dua buah lagu yang dinyanyikan secara duet bersama mentornya, Hazama menerusi lagu ‘Fantasia Bulan Madu’ serta ‘Langit dan Bumi’. Selain sebuah lagi lagu yang dibawakan secara solo iaitu ‘Merisik Khabar’, persembahan finalis tersebut berjaya memikat hati sesiapa yang melihat. Menerima komen positif barisan juri yang terdiri daripada Datuk Syafinaz Selamat, Altimet dan juga Faizal Tahir, persembahan penuh dinamik yang ditampilkan berjaya meyakinkan mereka untuk memilih lelaki berkenaan sebagai pemenang. 


“Pakej Cukup Lengkap”- Apex Tajudin Tepati Ramalan Juara Mentor Milenia 2019

“Pakej Cukup Lengkap”- Apex Tajudin Tepati Ramalan Juara Mentor Milenia 2019

Bawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000

Dalam pentas akhir yang telah bersiaran secara langsung dari Plaza Alam Sentral Shah Alam menyaksikan Apex membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 bersama trofi. Malah bukan itu sahaja, peserta berkenaan turut berpeluang merakamkan single bersama penyanyi dan juga komposer terkenal iaitu Faizal Tahir. Tidak cukup dengan itu, finalis itu turut diberikan ruang promosi di televisyen dan juga radio bernilai ratusan ribu ringgit. 

“Pakej Cukup Lengkap”- Apex Tajudin Tepati Ramalan Juara Mentor Milenia 2019 “Pakej Cukup Lengkap”- Apex Tajudin Tepati Ramalan Juara Mentor Milenia 2019

Sumber: Facebook TV3 Malaysia 



Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!