Family

Paksa Diri Lakukan Segala Hal Rumah Tangga, Akhirnya Terlantar Di Pusat Rawatan

Paksa Diri Lakukan Segala Hal Rumah Tangga, Akhirnya Terlantar Di Pusat Rawatan

Sharing is caring!

Dalam kehidupan berumah tangga, sifat tolak ansur adalah penting demi menjaga keharmonian perhubungan antara suami dan isteri. Meskipun begitu, terdapat sesetengah para suami yang bersifat mementingkan diri cuma mengharapkan sebelah pihak sahaja iaitu isteri untuk menguruskan semua hal ehwal rumah tangga. Terpanggil isu ini, seorang lelaki berkongsi pendapat yang mungkin boleh dijadikan iktibar kepada semua. 

BACA: 6 Tahun Jadi Single Mom, Wanita Ini Tepis Cakap Negatif Orang Kuat Demi Anak

Menghidap stroke kerana terlalu stres

Menerusi posting oleh saudara Khairul Abdullah di laman Facebook, dia telah menceritakan kisah penderitaan seorang wanita terlantar menghidap Basal Ganglia Stroke oleh kerana stres melampau. Wanita ini bukan sahaja sibuk menguruskan urusan rumah tangga, malahan juga merupakan seorang yang bekerjaya.


Paksa Diri Lakukan Segala Hal Rumah Tangga, Akhirnya Terlantar Di Pusat Rawatan

Paksa Diri Lakukan Segala Hal Rumah Tangga, Akhirnya Terlantar Di Pusat Rawatan
Gambar sekadar hiasan

Jangan terlalu memaksa diri

Tambah wanita ini lagi, dia telah memaksa dirinya untuk melakukan kesemua tugas di rumah sehinggakan kesihatan diri terabai. Oleh itu, dia berpesan kepada golongan suami supaya tidak mengharapkan isteri untuk melakukan segalanya sendiri. Malahan, tidak salah untuk menjadi isteri atau ibu yang baik tetapi haruslah berpada-pada serta mengikut kemampuan diri. 

Paksa Diri Lakukan Segala Hal Rumah Tangga, Akhirnya Terlantar Di Pusat Rawatan

Paksa Diri Lakukan Segala Hal Rumah Tangga, Akhirnya Terlantar Di Pusat Rawatan
Gambar sekadar hiasan

Kalau dah terlantar menangis pun tiada guna

Tegasnya lagi, golongan suami sepatutnya menggunakan kelebihan dan kekuatan dimiliki dengan membantu isteri masing-masing. Di penghujungnya, dia sempat mengingatkan bahawa jangan sampai ada yang melalui pengalaman perit sepertinya kerana tiada guna penyesalan di kemudian hari. 


Paksa Diri Lakukan Segala Hal Rumah Tangga, Akhirnya Terlantar Di Pusat Rawatan

Paksa Diri Lakukan Segala Hal Rumah Tangga, Akhirnya Terlantar Di Pusat Rawatan
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Facebook Khairul Abdullah


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!