Panas Isu Bertekak, Ini Kisah Hitam Tentang Ibu Tiri Yang Pernah Dibongkar Abil

Ramai pastinya sudah mengetahui bahawa hubungan Nabila Huda dengan ibu tirinya, Norhasniza Hassan tidak begitu baik. Bahkan sekitar semalam, aktres itu telah meluahkan marah kepada ibu tirinya gara-gara memperlekehkan ucapan Hari Bapa yang ditujukan buat Amy Search. Menurut Nabila Huda, ibu tirinya telah menjadi punca mengapa hubungannya bersama Amy Search menjadi renggang sehingga kini.

Baca : Ucapan Hari Bapa Untuk Amy Search Diperli, Nabila Huda Sound Mak Tiri!

Berikut adalah luahan marah Nabila Huda yang ditujukan kepada ibu tirinya semalam :

Jangan risau…Aku takkan rampas your rockstar!

View this post on Instagram

Sebab tu Aku Cakap Dia ni punca..Dia ada je..Dia orang kanan yang paling rapat dengan bapak Aku. Patutnya Kau tak payah la Nak post benda-benda gini..You never change lah.Sampai mampus pun Kau Takkan berubah..Perlu ke Nak cerita pasal rockstar, tak celebrate birthday la, tak sambut hari bapa la, Dia tak wish Kau la, Macam kau sorang je Yang beragama islam..Relax..Kenapa buat benda jadi complicated ni @qasander ? Tak payah la play victims..Padahal Kau tau, Kau punca Aku berjauhan dengan bapak aku..Sikit pun Kau tak rasa bersalah..Aku Nak post benda sweet Untuk bapak Aku,Biar lah..ni Kau Nak sibuk jugak..Nak jugak menjawap..Ha Lepas post ni,Siap la ada Yang cucuk kasi keadaan lagi panas ,kawan-kawan Kau misscall, msg beratus-ratus bagitau Benda ni kan..Punca semua tu. Surroundings pun punca jugak…Pastu kang mula la drama, Nak cerai lah, Nak bawak Anak lari la , buat bapak Aku sedih lagi..kang bapak Aku bertambah marah Sebab kan Aku,korang gaduh. Drama ulang-ulang sampai lah abang jamil mampos! Asal Kau rasa insecure sangat dengan Aku ni..Jangan risau lah, Aku Takkan rampas pun your truly rock star tu..Darah Dia ada dalam badan Aku, sampai akhirat pun masih ada lagi. Astarfirullahalazim…Aduh,begini lah drama dalam hidup Saya kawan-kawan..Padahal mulanya Nak post benda sweet je Untuk bapak sendiri..hari lain pun Saya boleh je post Cuma semalam Saya rasa Nak post Nak buat macamana! Saya betul ikhlas dengan luahan Saya towards him.It just luahan seorang Anak pada ayah nya..Salah ke benda tu sampai Dia melibatkan agama?Ntah la..tak faham lah..💆🏽‍♀️

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Mungkin ada yang  tidak tahu bahawa sekitar tahun lalu juga, Nabila Huda pernah membuat luahan panjang di IG Story. Dalam luahan tersebut, dia mendedahkan pelbagai konflik dan kenangan hitam yang pernah dihadapinya bersama Norhasniza. Memang mengejutkan!

Create drama bagi aku nampak jahat di mata semua orang

Halau rumah…Kau kutuk aku depan adik masa pergi holiday

Kau duduk rumah Papa sebelum kahwin selama beberapa tahun

Kalau kau isteri baik, kau takkan merayap tinggalkan Papa jaga anak-anak

Kau mengandung sebelum nikah…

Kau mengaibkan aku…Tak cukup ke buat aku sedih?

Kau pisahkan aku dengan anak aku tanpa permission!

Kau memang attention seeker!

Dari kecil sampai besar aku hadap dan telan sendiri

Aku takkan nangis lagi. Banyak sangat aku hadap benda ni. Cukuplah…

Orang pembohong dan putar belit memang layak dapat macam ni

Papa bagi duit suruh blah dari rumah…Aku tumpang rumah orang

Setiap malam aku menangis fikir nasib

Masa aku nak cera1, kau sibuk bagitau reporter

Kau sentap gaduh dengan Papa…Papa datang nikah aku tak happy

Kau cakap aku anak luar nikah..

Bapak aku dah tua kau masih lagi suruh kerja

Buatlah apa pun, aku tetap anak kesayangan Papa

Sumber : Instagram Nabila Huda

Apa Komen Anda?