PANAS! Netizen Dedah Pengacara Ini Jadi Skandal Chef Fikree?

Minggu lalu, berita tentang k0nflik rumah tangga yang melanda chef selebriti Fikree Aznan telah mengejutkan ramai. Semua ini tercetus apabila bekas isterinya, Sharifah Zuriehan Ben Yahya telah meluahkan rasa kesal di Instagram tentang penemuan Fikree yang didakwa bersekedudukan dengan seorang wanita yang juga ibu kepada 3 orang anak di dalam sebuah rumah. Bagaimanapun, Chef Fikree telah menafikan semua tuduhan tersebut dan ingin mencari jalan penyelesaian demi kemelut tersebut.

BACA: Tinggal Beberapa Hari Lagi Nak Raya, Zuriehan Sah Berpisah Dengan Chef Fikree!

Semua tuduhan itu adalah tidak benar…harap semua dapat beri kami ruang

View this post on Instagram

Salam jumaat semua. Kami mohon doa daripada semua supaya kesulitan yang berlaku ini dapat jalan penyelesaian yang terbaik demi keluarga yang saya cintai.

A post shared by Cheffikreeaznan (@cheffikreeaznan) on

Menerusi laporan yang oleh sebuah portal hiburan baru-baru ini pula, pihak mereka telah dimaklumkan oleh seseorang tentang maklumat skandal Chef Fikree. Sumber tersebut mendakwa Chef Fikree Aznan sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang pengacara bernama Masrenny Masri.

Dia turut mengirimkan paparan perbualan antara 2 individu yang sedang bercakap tentang Fikree dan Masrenny.  Selain itu, sumber itu turut memberikan screenshot komen netizen di Instagram (IG) yang menyebut nama Masrenny, selain 2 nama lain yang didakwa pernah menjadi skandal Chef Fikree.

Sekarang turn Masrenny pula jadi skandal Fikree!

Sumber Foto: Astro Gempak

Pendedahan itu kemudiannya telah menarik perhatian Zuriehan Ben Yahya dan dia terus meluahkan rasa kesal terhadap bekas suaminya menerusi satu posting di Instagram. Namun begitu, posting itu telah dipadam selepas beberapa minit dikongsikan kepada umum.

Kalau dia kuat iman…dia tak layan perempuan macam Masrenny Masri!

Sumber Foto: Astro Gempak

Terdahulu, Fikree dan Zuriehan berkahwin pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Jayden Malik. Bagaimanapun, 2 hari lepas Zuriehan ada menyatakan yang mereka telah berpisah selepas Fikree melepaskannya dengan cara baik.

Sumber: Gempak

Apa Komen Anda?