“Pandainya Berlakon” – Video Raya Pertama Adik Syukor Raih Pujian, Sarat Emosi!

Nama remaja lelaki yang berasal dari Terengganu ini usah diperkenalkan lagi. Mula mendapat perhatian sejak awal tahun ini apabila foto kemesraannya bersama berpuluh-puluh ekor kerbau peliharaannya telah mendapat pengiktirafan antarabangsa serta tempat dalam hati masyarakat di Malaysia. Tapi siapa sangka, adik Syukor Khamis atau Mowgli Malaysia ini sudah bergelar seorang pelakon pula apabila terbabit dalam sebuah filem pendek menjelang musim perayaan tahun ini!

BACA: “Cara Dia, Memang Unik!” -Jurufoto Bongkar Sikap Sebenar Adik Syukor

Filem pendek yang berdurasi hampir 14 minit ini mengisahkan tentang kasih seorang abang kepada adiknya walaupun dia tidak disukai sejak pulang semula ke kampung. Karya arahan Fiq Sam ini sarat dengan elemen lucu dan sedih, namun tema paling utama adalah kekeluargaan.

Delimawati pun join sebagai Mak Syukor!

Mari kita tonton lakonan pertama adik Syukor ini!

Raya di Hujung Tanduk

Selepas meraih lebih 400 ribu tontonan di laman YouTube setakat ini, ternyata video raya ini berada dalam kelas tersendiri apabila mendapat banyak pujian dalam kalangan netizen. Selain hasil produksi yang cukup mengagumkan, ramai yang turut menyatakan aksi Syukor yang tampak berbakat di depan lensa kamera.

Bagus jalan ceritanya…kambing & ayam dia pun pandai gak berlakon

Pandai budak Syukor ni berlakon…tapi ending abang dia pergi jua

Raya sakan tahun ni…jadi pelakin dah ko dik

Semua best! Syukor nampak natural

Sumber: YouTube Shafiq Shamsul & FB RGTV

Apa Komen Anda?