Isu Semasa

Pandemik COVID-19 Semakin Cepat Menular, WHO Beri Amaran Kepada Dunia

Pandemik COVID-19 Semakin Cepat Menular, WHO Beri Amaran Kepada Dunia

Sharing is caring!

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), didapati keadaan wabak COVID-19 bagi seluruh dunia telah meningkat kepada 339,831 case. Daripada jumlah itu, 14,530 kematian telah direkodkan. Lantaran itu, ia menjadikan negara Itali sebagai  negara luar dari China mencatatkan case yang tertinggi iaitu 59,138 dengan kadar kematian lebih kurang 9.3% iaitu 5,476 case.


BACA:Isytihar Lockdown Draconian, China Seru Dunia Ikut Cara Mereka Tangani COVID-19

Hampir mencatatkan 800 kematian 

Semalam Itali telah mengumumkan hampir mencatat 800 kematian dalam tempoh 24 jam dan sehingga kini, 651 kematian sehari telah direkodkan bagi wabak COVID-19. Angka case kematian itu adalah peningkatan terbesar dalam tempoh sehari semenjak wabak itu muncul di Itali. Selain itu, di Malaysia sebanyak 212 case baru telah dilaporkan sepanjang 24 jam lalu dan ini menjadikan jumlah individu positif COVID-19 adalah 1,518 case dengan 14 kematian di negara ini.


Pandemik COVID-19 Semakin Cepat Menular, WHO Beri Amaran Kepada Dunia
Gambar sekadar hiasan

100,000 angka case dalam 4 hari

Menurut Astro Awani, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran fasa pandemik setelah wabak COVID-19 semakin merebak dengan cepat sehingga lebih daripada 300,00 case telah dicatat. Malah ia mengambil masa selama 67 hari untuk mencapai 100,000 case, 11 hari dan seterusnya 4 hari bagi mencecah 10,000 jangkitan. Menurut Ketua Pengarah WHO, dunia kini masih belum terlewat untuk mengubah penularan itu jika kita bersama-sama mengikuti langkah-langkah keselamatan serta tinggal di rumah.


 

Pandemik COVID-19 Semakin Cepat Menular, WHO Beri Amaran Kepada Dunia

Pandemik COVID-19 Semakin Cepat Menular, WHO Beri Amaran Kepada Dunia
Gambar sekadar hiasan

Sumber:  AstroAwani

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Pandemik COVID-19 Semakin Cepat Menular, WHO Beri Amaran Kepada Dunia

Sharing is caring!