Setiap ibu yang bakal melahirkan zuriat, saat menghitung hari ketika hamil adalah masa yang paling disukai. Lebih-lebih lagi cahaya mata pertama, sudah pasti mereka akan lebih peka dalam perkiraan tarikh kelahiran. Namun, adakalanya ia berlaku di luar jangkaan seperti nasib yang menimpa wanita asal Indonesia ini.
BACA: Puas Doktor Jentik Tapi Diam Membisu, Penting Dengar Baby Menangis Lepas Lahir
Suasana rumah jadi panik, wanita hamil sempat kata air ketuban dan pecah masa berbuka puasa
Menerusi perkongsian nandarizkiam di laman TikTok, kelihatan berlaku sedikit kekecohan di sebuah rumah selepas selesai berbuka puasa. Difahamkan, salah seorang rakan kepada si perakam telah maklumkan bahawa air ketubannya sudah pecah. Disebabkan hal itu, seluruh penghuni sempat berasa panik sehingga ada yang belum selesai menjamah makanan.
Wanita sempat kemas beg pakaian, selamat lahirkan seorang anak lelaki
Jika air ketuban sudah mula pecah, ia bermaksud waktu untuk melahirkan anak sudah hampir tiba. Bagaimanapun, perilaku wanita itu pula mencuri tumpuan selepas hanya menunjukkan reaksi bersahaja. Lebih menghiburkan, dia dilihat sempat mengemas pakaian dan bermain phone sebelum dibawa suami ke pusat perubatan. Berdasarkan perkembangan terbaharu, wanita tersebut telahpun selamat melahirkan seorang anak lelaki yang sihat.
@nandarizkiam Pas buber ketuban pecah😭 #voiceeffects #melahirkan
@nandarizkiam Reply to @enysoloo prosesnya cepet bangettt alhamdulillah😍
Air ketuban pecah masih santai, saya belum pecah pun dah teriak…nasib baik berbuka ramai-ramai
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat turut berasa terhibur dengan gelagat wanita berkenaan. Malah, ada juga yang memuji kekuatannya yang masih bersikap tenang walaupun sedang hadapi detik penuh mendebarkan.
Kredit: TikTok nandarizkiam
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
