Panik Sebab Amaran Jingga, Singaporean Kalut Beli Barang Tapi Ini Pula Terjadi

Umum mengetahui, dunia kini sedang kecoh dengan penularan suatu wabak baru yang boleh mengancam nyawa. Wabak dikenali sebagai novel koronavirus (2019-nCoV) ini seperti tiada penghujungnya apabila setiap hari semakin ramai yang telah dijangkiti. Disebabkan oleh itu, orang ramai telah pun mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan mereka bersedia untuk menghadapi virus tersebut.

BACA: Biru Atau Putih Di Luar? Ramai Masih Keliru Fungsi & Cara Betul Pakai Mask

Wabak koronavirus kini di tahap jingga

Dalam pada itu, rakyat di Singapura kini berada dalam keadaan panik gara-gara amaran (DORSCON) yang telah dinaikkan kepada tahap jingga pada 7 Februari lalu. Menurut laporan daripada Mothership, amaran warna jingga itu membawa maksud bahawa wabak koronavirus dikatakan sebagai sangat teruk dan mudah merebak. Oleh itu, rakyat disarankan menjaga kebersihan dengan kerap demi mengelakkan dijangkiti wabak berkenaan.

Advertisement

Membiarkan bakul begitu sahaja

Susulan pengeluaran amaran tersebut, rakyat di sana telah mula menyerbu pasar raya bagi membeli barang-barang runcit dan keperluan untuk disimpan sebahai bekalan sepanjang menghadapi wabak itu. Namun, apa yang menjadi perhatian adalah sikap tidak bertanggungjawab mereka membiarkan bakul-bakul dipenuhi barang begitu sahaja.

Advertisement

Tidak mahu beratur panjang

Oleh kerana terlalu ramai yang menyerbu pasar raya tersebut dalam masa yang sama, para pembeli harus beratur panjang hanya untuk membuat bayaran. Mereka dikatakan telah menunggu terlalu lama dan akhirnya berputus asa dengan proses tersebut. Lebih mengecewakan, mereka hanya membiarkan barang yang sudah diambil begitu sahaja. Sikap ini telah menimbulkan masalah kepada pembeli lain dan menyusahkan para pekerja di sana yang harus menyimpan kembali barang-barang tersebut.

Sumber: Mothership

Advertisement

Apa Komen Anda?