Pantang Pun Tetap Datang Kelas, Wanita Dedah Habiskan 12 Tahun Demi Ijazah

Perjalanan untuk mendapatkan segulung ijazah sememangnya tidak mudah. Setiap mahasiswa berdepan dengan cabaran dan masalah tersendiri sepanjang tempoh berkenaan. Bukan sahaja perlu mengurus jadual pembelajaran, malah perlu memikirkan kewangan serta bersedia untuk peperiksaan. Namun, itu tidak dapat dibandingi dengan usaha seorang wanita ini yang mengambil masa selama 12 tahun untuk bergelar seorang graduan. 

BACA: Sempat Buat Magic Waktu Masuk Dewan Konvo, Netizen Bimbang Scroll Pula Hilang

Advertisement

Ambil masa 12 tahun untuk bergelar graduan

Wanita yang bernama Tasha Hisham ini sempat berkongsi kisah kecekalannya di laman Twitter sebelum tular. Ibu kepada dua orang anak berusia 4 dan 2 tahun akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah setelah mula mendaftarkan diri sebagai pelajar pada tahun 2007. Ketika ditemubual pihak Erin Sakura, dia mengambil masa bertahun lamanya gara-gara diberhentikan dek kerana pointer yang tidak memuaskan dan perlu bermula daripada awal kembali. 

Saya sambung degree pada tahun 2007, tapi lepas 2 tahun saya dismiss sebab pointer saya rendah sebanyak 3 kali berturut-turut. 

Advertisement

 

Terpaksa cuti selama 3 semester kerana sedang mengandung

Advertisement

Walaupun jatuh berkali-kali, namun ia tidak mematahkan semangat dirinya untuk menyambung kembali pengajian di institusi yang sama. Setelah gagal membuat rayuan, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk bekerja dahulu sebelum kembali memohon pada tahun 2012. 

Saya kerja untuk kumpul duit dan pada 2012 saya sambung semula. Seterusnya pada tahun 2014, saya kahwin ketika belajar, mengandung 1 tahun kemudian dan terpaksa mengambil cuti semester selama setahun.

Advertisement

Tengah pantang sempat lagi ke kelas

Menjelang tahun 2017, Tasha juga hampir berputus asa apabila dirinya merasakan tidak berdaya untuk membahagikan masa menguruskan anak, keluarga serta perniagaan yang diurus. Menurut wanita berumur 32 tahun ini, berkat dorongan serta sokongan ibu bapa dan suami, dia bangkit meneruskan perjuangan walaupun masih berada dalam pantang sehingga berjaya bergelar graduan bagi Ijazah Sarjana Muda Sosiologi dan Antropologi. 

Macam dah malas sangat nak belajar tapi suami dan parents support untuk go on sebab dah separuh jalan. So masa tu saya tengah pantang anak kedua, saya still pergi kelas, jawab exam sebab dah taknak tangguh lagi waktu belajar. 

Advertisement

Sumber: Twitter Tasha Hisham 

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?