Pantang Sales Mesti Beli, Kemaruk ‘Online Shopping’ Rupanya Berkait Isu Mental
Seiring kemajuan teknologi yang semakin membangun, kemudahan untuk setiap orang membeli belah semakin mudah dengan wujudnya ‘online shopping‘. Dengan hanya melayari laman web sedia ada, barang-barang yang diimpikan akan sampai dengan mudah di hadapan rumah. Walau bagaimanapun, tabiat membeli belah secara atas talian ini wajar dikawal memandangkan ada kajian yang telah membuktikan ia berkait dengan masalah mental.
BACA: Suri Rumah Bukan Sia2 Wife Aku Ada Degree UK, Tapi Siap Buat Online Business
Rutin harian bertukar masalah kesihatan
Menerusi artikel Hello Doktor, pakar psikoterapi iaitu Dr Muller di Hannover Medical School telah mengatakan rutin kerap online shopping berkait dengan psikologi di mana ia mampu memberi impak buruk kepada kesihatan mental serta kehidupan sosial. Individu yang sering menghabiskan waktu untuk membeli belah secara atas talian lebih cenderung untuk mengalami risiko kemurungan serta anxiety yang lebih berbanding orang lain.

Tertumpu kepada golongan remaja dan juga belia
Pembangunan teknologi tersebut bagaimanapun telah menyebabkan ramai orang terdorong untuk lebih bergantung pada penggunaan internet sehingga melebihi had waktu yang sepatutnya. Antara golongan yang sering cenderung ke arah mengalami ‘buying – shopping disorder‘ adalah remaja serta belia. Mereka lebih gemar memilih untk membeli secara online kerana kepantasannya dan juga pilihan promosi yang lebih murah berbanding barangan di gudang-gudang penjualan.

Harus segera berjumpa doktor
Dalam pada itu, individu yang mempunyai simptom tersebut disarankan untuk berjumpa doktor pakar bagi mendapatkan rawatan sebelum keadaan menjadi bertambah buruk. Masalah yang dihadapi boleh mengakibatkan kehidupan seharian turut terganggu.

Sumber: Portal Hello Doktor
Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI