Pantang Tengok Orang Senang, Bapa Sekat Ex-Wife Hidup Dengan Anak Di Overseas

Tidak dinafikan, kadar insiden perpisahan antara suami isteri yang berlaku dalam negara kita sejak akhir-akhir ini agak membimbangkan. lebih sedih lagi apabila nasib dan masa depan hidup anak-anak pula yang terpaksa ditentukan di Mahkamah Syariah serta hilang kasih sayang salah seorang pemimpin dalam keluarga mereka. Ikuti perkongsian oleh Asiah Abd Jalil ini mengenai anak guamnya yang sedang berdepan situasi getir selepas bergelar ibu tunggal. 

BACA: Buat Undian Di IG Untuk Berpisah, Nadya Syahera Terkejut Dengan Tindakan Suami

Masa kahwin tak jenguk anak…ada makwe lain

Si ibu dapat tawaran bekerja di Arab Saudi & bukan calang-calang jawatan

Menurutnya, wanita itu terpaksa mencari rezeki untuk menampung kehidupan bersama anak-anak selepas bekas suaminya menyatakan bahawa dia hanya mampu memberikan nafkah sedikit juga. Tidak lama itu, dia bagaimanapun telah ditawarkan untuk bekerja di Arab Saudi yang lengkap dengan semua kemudahan termasuklah persekolahan. Bagaimanapun, keadaan menjadi sedikit sukar apabila ada campur tangan bapa kandung anak-anak tersebut.

Gambar sekadar hiasan

Si bapa mohon mahkamah syariah keluarkan perintah halang anak dibawa ke luar negara

Gambar sekadar hiasan

Hatinya perit jiwa sangat lara…anak2 dirampas dari hidupnya

Gara-gara tindakan yang diambil oleh bekas suami wanita tersebut, dia akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa perlu berkelana di negara orang tanpa kelibat kesemua cahaya matanya. Malah, Asiah turut menyatakan bahawa dia nekad untuk membawa isu anak guamnya ini ke peringkat mahkamah sivil pula jika belum mendapat keadilan yang sewajarnya daripada pihak mahkamah syariah.

Walaupun ada beberapa pilihan di depan mata…Tetapi ibu ini memilih Arab Saudi

Dalam pada itu, Asiah turut mendedahkan punca sebenar anak guamnya menerima pekerjaan di negara yang terkenal sebagai pengeluar hasil minyak dunia itu. Pada awalnya dia juga kurang bersetuju dengan keputusan ibu tunggal tersebut kerana sistem yang diamalkan Arab Saudi sebelum ini. Namun menerusi sebuah foto yang dikirimkan kepadanya, Asiah kini boleh menarik nafas lega kerana kliennya sudah menggapai sedikit kebahagiaann dalam hidupnya.

Sumber: FB Asiah Abd Jalil

Apa Komen Anda?