“Papa Campak Aku Keluar”- Wanita Imbas Insiden Kehilangan Keluarga Sekelip Mata

Baru-baru ini tular di laman sosial tentang sebuah video yang memaparkan kecelakaan jalan raya berlaku di Indonesia. Walaupun kejadian malang itu telah meragut nyawa sepasang suami isteri, bagaimanapun dua anak mereka telah selamat berjaya keluar daripada kereta tersebut. Insiden yang berlaku itu juga telah mengingatkan seorang wanita tentang peristiwa pahit yang pernah berlaku dalam hidupnya. 

BACA: Kasih Ibu Sampai Tutup Mata, Sempat Campak Anak Sebelum Nahas Bertembung Lori

Papa campak aku keluar tepi jalan, sama macam ni

Wanita itu, Zainab Zahra sempat menceritakan kejadian tersebut berlaku sewaktu berumur setahun 3 bulan pada tanggal 1 September 1994. Peristiwa hitam itu telah meragut nyawa kedua orang tua serta adiknya. Yang lebih mengharukan, bapanya sempat mencampaknya keluar sebelum sebuah treler menghentam belakang kereta yang dinaiki. 

Tidak sedikit pun keperluannya terabai 

Terdahulu, bapa saudara kepada wanita tersebut iaitu Mohd Iqbal Mohd Noor juga pernah mengimbas kembali kejadian yang pernah berlaku lebih 24 tahun lalu menerusi satu posting di laman Facebook. Selepas peristiwa tersebut, kebajikan Zahra dijaga oleh nenek sambil dibantu oleh adik beradik Allahyarham bapa yang lain.

Kini Zainab telah pun berkeluarga

Setelah pemergian nenek pada umur 14 tahun, wanita cekal itu terus dijaga oleh ibu saudara serta suami yang menganggap dirinya tak ubah seperti anak kandung. Namun kini, Zainab telah pun berkeluarga setelah selamat berkahwin dengan pilihan hatinya serta mempunyai seorang anak.

Berat tapi kuatkan iman

Perkongsian daripada wanita yang sangat tabah ini nyata mengusik hati rata-rata netizen di laman Twitter. Mereka dilihat mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan juga keluarga. Ujar Zainab lagi, dia percaya Allah hanya menguji hamba-Nya jika dia mampu menghadapi sesuatu dugaan itu.

Sumber: Twitter Zainab & Facebook Mohd Iqbal Mohd Noor 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?