“Papa Sambut Adik Dalam Kereta”- Norman Bagi Ucapan Birthday Sweet Buat Anak

Pernah mencuri tumpuan para jejaka kerana kemanisan dan keayuan wajahnya meskipun ketika itu baru sahaja tamat UPSR, anak gadis Norman Hakim dan Abby Abadi kini baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-14. Melalui Instagram mereka, telah dikongsikan beberapa foto sekitar majlis hari jadi Marissa Dania bersama keluarga di sebuah kafe secara kecil-kecilan.ย 

BACA:ย [FOTO] Meriahnya! Memey & Abby Abadi Sambut Hari Jadi Anak Bertemakan PUBG

View this post on Instagram

Anak Dara Mama ๐Ÿ˜ 11 & 14 tahun Tapi sama size baju hehe ๐Ÿ™Š . Mama selalu doakan yg terbaik utk anak2 Mama & inilah doa yang selayaknya dibaca secara istiqamah dengan harapan agar kita semua senantiasa mendapatkan kasih sayang dari Allah SWT. Masukkan sini biar selalu ingat… ๐Ÿ™Š.Doa ini terdapat dalam QS. AL-Muโ€™minun ayat 109. . ูŽุฑูŽุจู‘ูŽู†ูŽุง ุขู…ูŽู†ู‘ูŽุง ููŽุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู†ูŽุง ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู†ูŽุง ูˆูŽุฃูŽู†ุชูŽ ุฎูŽูŠู’ุฑู ุงู„ุฑู‘ูŽุงุญูู…ููŠู†ูŽ . Rabbana Faghfir lana warhamna wa anta khairur rahimin. . โ€œYa Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.โ€ (QS. Al-Muโ€™minun: 109) is . Ps: Jomlah berdoa sama hehe.. Doakan yg baik2 utk kita semua, inshaALLAH semoga semua akan mendapat kebaikan bersama.. Aminโค๏ธ

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian netizen semalam adalah ucapan sweet Norman kepada anak daranya di ruangan kapsyen Instagram.ย 

Terima kasih sebab terima Papa seadanya

Seringkali anak-anak yang berterima kasih kepada orang tuanya kerana melahirkan mereka ke dunia ini namun lain pula pada keluarga ini. Norman telah berterima kasih kepada anaknya kerana sentiasa memberi peluang padanya supaya menjadi seorang bapa yang terbaik. Norman juga menyifatkan kelahiran Marissa Dania dan adik-beradiknya yang lain ke dunia ini adalah sebagai pembawa rezeki.ย 

View this post on Instagram

SANAH HELWAH Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-14 cenonet cantik papa @marissadaniaaaaa_ . . Only few words; 1. TERIMA KASIH SBB TERIMA PAPA SEADANYA & SENTIASA BAGI PAPA PELUANG UTK JADI PAPA YANG TERBAIK 2. AMPUN MAAF KALAU SELAMA PAPA JAGA ADIK DARI MULA2 PAPA SAMBUT MASA MAMA LAHIRKAN ADIK DALAM KERETA SAMPAI LA KE HARI NI,ADA KEKURANGAN & KELEMAHAN PAPA YANG PAPA TAK SEDAR 3. ADIK ADALAH DUNIA PAPA,PEMBAWA REZEKI DALAM HIDUP PAPA BERSAMA DENGAN ADIK BERADIK YANG LAIN DENGAN IZIN DARINYA๐Ÿคฒ๐Ÿป 4. PAPA SAYANG ADIK SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT MORE WORDS & INFINITY 5. AND THE LIST GOES ON…โค๏ธโค๏ธโค๏ธ . . Once again Sanah Helwah,semoga terus membesar dengan Solehah…Aamiin Ya Rabbโค๏ธโค๏ธโค๏ธ

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Papa sambut masa mama lahirkan adik dalam keretaย 

14 tahun dahulu, Norman dan Abby pernah mencetuskan berita sensasi apabila pas4ngan itu telah menyambut anak kedua mereka secara drastik kerana tidak sempat sampai ke klinik. Akhirnya, Norman telah memberhentikan keretanya di bahu jalan untuk menyambut anak itu dengan tenang meskipun tidak tahu cara yang betul.

Teringat masa keluar cerita beranak dalam kereta tu

Ruangan komen pada ucapan tersebut telah dipenuhi dengan komen netizen yang juga mengingati akan peristiwa itu. Mereka menyifatkan perkara seperti itu sememangnya jarang-jarang berlaku di Malaysia.ย 

Happy birthday si cantik manis

Ramai yang turut mengucapkan ucapan hari jadi buat anak gadis itu dan mendoakan agar dia membesar menjadi seorang wanita yang solehah. Netizen juga tidak melepaskan peluang memuji kecantikan serta kemanisan wajahnya meskipun baru bergelar seorang remaja.ย 

Sumber: IG normanhakim_786, abby_abadi112, marissadaniaaaa_

Apa Komen Anda?