Para Isteri Selalulah Membebel Pada Suami Anda, Baik Untuk Otaknya Sebab..

Kehidupan berumah tangga sememangnya indah kerana fitrah manusia dijadikan lelaki dengan perempuan. Suami dan isteri mempunyai peranan tersendiri dan perlunya saling menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun, tidak semua menganggap asam garam berumah tangga ini adalah indah terutama sekali para suami yang terpaksa melayan kerenah si isteri berceloteh atau nama yang signifikan dengannya, ‘bebel’. Jika suami berasa terbeban oleh perkara tersebut, maka hentikan perasaan itu sekarang!

Baca: Kreatif! Cara Lelaki Ini Surprisekan Isterinya Sangat Unik, Bikin Kek Parcel

Menurut satu kajian oleh Prof Madya Dr. Sabitha, perempuan sememangnya individu yang lebih banyak bercakap daripada lelaki kerana perempuan boleh bercakap kira-kira 20 ribu perkataan dalam satu hari manakala lelaki pula hanya 7 ribu sahaja. Perkara ini bukanlah fitrah yang perlu dirungsingkan kerana tanpa kita sedari mendengar celoteh isteri sebenarnya membantu dalam perkembangan otak suami. 

Gambar sekadar hiasan

Lebih baik daripada berborak dengan kawan lelaki..

Menurut satu perkongsian di Facebook, lelaki ini telah mendedahkan satu fakta yang agak ‘rare’ dimana berborak dengan perempuan menjadikan otak 3 kali lebih bijak daripada berborak dengan lelaki. 

Gambar sekadar hiasan

Banyak memproses maklumat

Perkara ini ada logiknya kerana perempuan akan bercakap sebanyak 20 ribu perkataan dalam satu hari, maka lelaki juga boleh menyimpan lebih banyak informasi daripadanya. Namun, jika lelaki hanya berborak dengan lelaki lain, maka kebarangkalian informasi yang diterima hanyalah 7 ribu atau kurang daripada itu. 

Gambar sekadar hiasan

Lebih cepat berfikir

Perkara ini boleh terjadi kerana semakin banyak lelaki berborak dengan perempuan maka lebih banyak maklumat yang diterima. Berasaskan maklumat tersebut, lelaki boleh melatih diri untuk berfikir dengan lebih cepat. 

Gambar sekadar hiasan

Berdasarkan fakta-fakta yang dikumpulkan, tidak hairanlah jika perempuan lebih bijak 10 kali ganda daripada lelaki kerana perempuan secara holistiknya bercakap sebanyak 20 ribu perkataan dalam sehari sejak kecil. Hal ini boleh mendatangkan manfaat buat lelaki khususnya suami kerana pendengaran merupakan suatu kemahiran yang asas dan utama dalam proses komunikasi. Lepas ni kalau nampak isteri berceloteh jangan marah, pasang telinga betul-betul sebab mungkin idea jutaan ringgit boleh datang tiba-tiba.

Sumber: FB m.fhais & notagurupelatih

Apa Komen Anda?