Isu Semasa

Pasti Ada Hikmahnya, Usaha UiTM Tangguh Istiadat Konvokesyen Ke-92 Dipuji

Pasti Ada Hikmahnya, Usaha UiTM Tangguh Istiadat Konvokesyen Ke-92 Dipuji

Sharing is caring!

Majlis konvokesyen merupakan satu kemuncak yang paling dinantikan oleh semua pelajar sebagai menandakan tamatnya pengajian masing-masing. Dalam menanti detik bersejarah itu, pasti pelbagai kelengkapan sudah disiapkan awal dek kerana rasa teruja. Tapi bagi bakal graduan universiti Teknologi Malaysia (UiTM), hasrat itu terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu susulan penularan COVID-19.

BACA: WHO Isytihar COVID-19 Sebagai Pandemik, Apakah Langkah Yang Perlu Dilakukan?


Pasti Ada Hikmahnya, Usaha UiTM Tangguh Istiadat Konvokesyen Ke-92 Dipuji
Gambar sekadar hiasan

Istiadat konvokesyen UiTM ditangguhkan

Melalui laman Facebook UiTM semalam, mereka telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menangguhkan Istiadat Konvokesyen Ke-92 bagi semua kampus cawangan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke tarikh yang lain. Keputusan ini juga diambil berikutan tindakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang  telah mengistiharkan wabak COVID-19 sebagai pandemik.

Pasti Ada Hikmahnya, Usaha UiTM Tangguh Istiadat Konvokesyen Ke-92 Dipuji

Pasti Ada Hikmahnya, Usaha UiTM Tangguh Istiadat Konvokesyen Ke-92 Dipuji
Gambar sekadar hiasan

Raptai & pengambilan jubah akan dimaklumkan semula..

Dalam kenyataan sama, pihak pengurusan UiTM turut memohon maaf kepada semua yang terlibat secara langsung atau sebaliknya berikutan pengumuman yang dibuat. Malah mereka juga sempat mengajak semua orang untuk bersama-sama berdoa supaya wabak ini dapat ditangani dan pulih dengan segera. Selaras dengan kenyataan ini, upacara raptai dan pengambilan jubah bakal graduan juga turut sama ditangguhkan ke tarikh baru.


Pasti Ada Hikmahnya, Usaha UiTM Tangguh Istiadat Konvokesyen Ke-92 Dipuji

Pasti Ada Hikmahnya, Usaha UiTM Tangguh Istiadat Konvokesyen Ke-92 Dipuji
Gambar sekadar hiasan

Rezeki saya, tuan homestay rela pulang deposit

Menerusi ruangan komen di Facebook rasmi itu juga, rata-rata masyarakat memuji tindakan pihak UiTM dalam mencegah penularan wabak ini. Meskipun ada bakal graduan yang kecewa kerana telah membuat persiapan seperti menempah homestay dan tiket flight, namun mereka juga melihat hikmah di sebalik semua yang berlaku.

Pasti Ada Hikmahnya, Usaha UiTM Tangguh Istiadat Konvokesyen Ke-92 Dipuji Pasti Ada Hikmahnya, Usaha UiTM Tangguh Istiadat Konvokesyen Ke-92 Dipuji Pasti Ada Hikmahnya, Usaha UiTM Tangguh Istiadat Konvokesyen Ke-92 Dipuji Pasti Ada Hikmahnya, Usaha UiTM Tangguh Istiadat Konvokesyen Ke-92 Dipuji

Sumber: Facebook Universiti Teknologi MARA – Media Rasmi


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Pasti Ada Hikmahnya, Usaha UiTM Tangguh Istiadat Konvokesyen Ke-92 Dipuji

Sharing is caring!