Patutlah Beriya Ajak Nikah Di Siam, Akhirnya ‘Kantoi’ Sorok Status Suami Orang

Setiap daripada kita mengharapkan agar dapat sebuah hubungan yang jujur dan sempurna. Namun begitu, sudah ramai yang memandang rendah ciri tersebut dan hanya mengikut kehendak nafsu sahaja. Mak tidak hairanlah ada yang tidak mengetahui teman lelaki mereka bukannya bujang dan terjebak cinta kepada suami orang. Perkara ini malah menjadi semakin sukar apabila pihak yang teraniaya itu telah pun memasang hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengannya.

BACA: “Saja Stalk You, Putih Gebu Gitu” –  Wanita Dedah Meluat Sikap Gatal Suami Orang

Tak pernah nampak dia suami orang…tapi semuanya Allah tunjuk

Advertisement

Itulah gambaran situasi yang berlaku kepada seorang wanita baru-baru ini. Menerusi luahan di laman Twitter miliknya, wanita ini mendedahkan bahawa lelaki tersebut bijak untuk sorokkan status sebenar sewaktu menjalinkan hubungan cinta hampir setahun dengannya. Malah dia turut diajak untuk kahwin di sempadan Thailand. Tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Perkara itu mula terbongkar apabila wanita ini menemui gambar dan butiran mengenai isteri lelaki tersebut.

Advertisement

Sampai hati buat macam ni kat wife & anak you

Advertisement

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Cinta tak semestinya memiliki…setiap malam kena anxiety attack

Gara-gara pecahnya ‘tembelang’ individu tersebut, wanita ini memilih untuk mengundurkan dirinya daripada meneruskan hidup bermadu atau digelar sebagai skandal suami orang. Ujarnya selepas peristiwa itu, bekas teman lelakinya dilihat sudah kembali bahagia dengan keluarga namun dirinya terus merasa keseorangan. Hampir setiap malam dia terkena anxiety attack dan pernah juga ditahan di pusat perubatan kerana kesihatannya terlalu kritikal.

Advertisement

Sumber: Twitter 

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?