Patut Ke Puji Biarpun Dia Tak Bertudung? Ini Respon Dr MAZA Tentang Dr. Amalina

Selepas berita tentang rawatan adik Ainul Mardhiah yang menghidap Germ Cell Tum0r berjalan lancar tempoh hari, nama Dr. Amalina Che Bakri turut sama menjadi bualan hangat dui media sosial. Mana tidaknya, beliau lah insan yang bertanggungjawab mengesyorkan agar bayi berusia 9 bulan itu mendapatkan rawatan pakar di London. Berkat bantuannya itu, Ainul kini semakin sembuh dan sedang mendapatkan rawatan susulan sebelum dibenarkan pulang ke tanah air.

BACA: “Siapa Lagi Hina Sekarang?” – Dulu Dikutuk, Dr Amalina Tutup Mulut Makcik Bawang

Di sebalik kejayaan itu, malangnya masih ada juga pihak yang mempertikai aspek penampilan pelatih pakar bed4h berkenaan kerana tidak menutup aurat dengan sempurna. Gara-gara terpanggil dengan isu tersebut, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali dengan panggilan Dr MAZA memberikan pandangan beliau menerusi satu status panjang di laman FB rasmi miliknya.

“Patutkah memuji doktor tersebut sedangkan beliau tak bertudung?”

Versi kefahaman seperti itu yang menjadikan mereka bersifat begitu menghukum..

Syurga bukan bagi mereka yang tiada dosa…tapi siapa yang ada pahala mengatasi dosanya

Tidak menafikan yang aurat juga adalah kewajipan penting dalam agama IsIam, Dr MAZA menyatakan bahawa hanya Allah yang layak untuk menentukan kemuliaan seseorang itu menerusi setiap niat dan amalan yang dilakukan ketika di dunia ini.

Dosa tetap dosa…Tapi kemurnian niatnya kita tidak tahu

Hanya Dia yang tahu nilai timbangan dosa & pahala seseorang  

Jangan nafikan kebaikan seseorang disebabkan kekurangan yang kita lihat

Kita semua pendosa…cumanya antara diketahui orang lain atau tidak

 

Sumber: FB DrMAZA

Apa Komen Anda?